Aduka Taruna, Fasha Sanda dan Memey

by Zoul on 28 January 2010

Edisi: Serius

Malaysia panas lagi.. Jika sebelum ini Fasha Sanda yang menghangitkan keadaan kali ni Memey pula yang mengambil alih tempatnya melalui "We Hate Memey Suhaiza" pada Facebook. Apa semua ni? Belum pun reda sepenuhnya hal Aduka Taruna kita di sajikan lagi dengan cerita yang panas.

Aku tidak mahu mengomel tentang apa yang berlaku pada mereka tetapi, persoalannya kenapa kita sekarang semakin berani dan lancang? Dari mana kah sumber inspirasi mereka? Baik, sekarang kita dalami..

1-Dulu kita tidak pernah melihat menteri bertengkar dan bergaduh dikaca TV tetapi, sekarang ia sudah tidak menjadi 'kudis' bila melihat mereka bercakap dengan bahasa yang 'panas' dikaca TV. Siapa yang akan terpengaruh dengan mereka? Tentulah rakyat Malaysia.

2-Lawat sahaja blog menteri atau orang politik, walaupun ayat yang digunakan itu ada tertib dan selamba tetapi ianya penuh dengan isi yang panas. Jika mereka boleh menggunakan blog, tentu ada sebahagian rakyat juga terfikir "kenapa aku tidak menggunakan kaedah yang sama..?"

3-Talk show bersama selebriti atau menteri juga kadangkala tidak terkecuali dari berlaku masalah ini. Aku masih ingat lagi sewaktu selepas pilihanraya yang lalu, setiap hari aku dipaparkan dengan wawancara yang mengupas kenapa dan bagaimana itu dan ini berlaku. Walaupun mereka bercakap dengan nada yang selamba, namun isinya pedas. Itu pun sudah tentu akan memberi ilham buat seseorang yang bergelar 'rakyat Malaysia'.

4-Terjah selebriti yang kontroversi... Biasanya rancangan sebegini dibuat secara langsung yang mana selebriti-selebriti yang sedang menghadapi kontroversi akan diterjah dan akan ditanya pandangannya. Apa yang biasa kau dengar ialah 'tuuuuttt', apakah maknanya itu? Kita boleh mendengar mereka menghina, mencarut, melabel seseorang dan sebagainya. Bayangkan ianya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

5-Komen dari juri atau pengkritik.. hari ini kita sentiasa disajikan dengan rancangan yang realiti atau menguji bakat secara live. Mereka juga akan dikomen atau dikritik secara live.. Bahasa yang dgunakan oleh pengkritik juga tidak kurang pedasnya. Bayangkan rancangan tersebut ditonton oleh kanak-kanak, sudah tentu mereka beranggapan bahasa tersebut boleh digunakan. Apa berlaku pada kanak-kanak tersebut selepas 20 tahun akan datang?

6-Majalah dan surat khabar .. walaupun sekadar dalam bentuk penulisan, kerap aku terbaca artikel yang menghina dan mencaci. Terutamanya dari akhbar yang sedikit kurang senang dengan pemerintah. Suka aku nak mengingatkan, akhbar itu dibaca oleh segenap lapisan masyarakat dan ianya mempengaruhi gaya pemikiran dan pertuturan masyarakat.

Baik.. itu diantara sumber inspirasi yang aku jumpa tentang bagaimana orang malaysia boleh menjadi lancang. Jadi, wajarkah perkara ini dibiarkan? Atau wajarkah mereka yang terlibat itu dihukum?

*Catatan.
Entri ini bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak dan ianya merupakan pendapat peribadi aku.