30 Jenis Blog dan Blogger

by Zoul on 16 January 2010


Blog orang aku Terjah!! itu kerja aku bila ada masa lapang atau masa tak berapa lapang. Kenapa aku terjah blog orang? Sebab aku 'dahaga'kan ilmu dan maklumat, sambil tu aku belajar cara-cara berblogging yang betul. Maklumlah aku bukan jenis yang suka beli atau download ebuku lepas tu baca.. tak masyuk. Dari blogger otai, blogger tegar, blogger sambilan atau blogger baru, dah pernah aku terjah. Blogger lelaki, perempuan, gadis, teruna, janda, duda dan sebagainya, pun aku terjah juga.

Dalam aku menerjah tu aku perasan, rupanya dalam begitu punya ramai blogger mereka punya banyak persamaan. Kadangkala persamaan tu negatif tetapi banyak juga yang positif. Jadi kalau anda rasa anda tu blogger, cuba lihat ada atau tidak persamaan tu dengan anda..



Ada blogger yang...

1-Update blognya sehari lebih dari tiga kali.. ini blogger yang banyak idea.
2-Dah lebih setahun langsung tak jenguk blognya.
3-Menghiasi blognya dengan iklan yang berkelip-kelip hingga aku tak tahu nak klik yang mana satu.
4-Menciplak entri blogger lain tapi tak tinggalkan kredit pun buat penulis asal.
5-Mengaku entri tu dia yang buat sedangkan aku dah pernah baca entri yang sebijik sama dari blog lain lama dulu.
6-Meninggalkan komen pada shoutmix tapi minta blogger lain komen pada comment form pada blognya.
7-Perkataan yang paling banyak digunakan blogger di shoutmix atau shout box ialah.. singgah, salam singgah, aku singgah, blog hopping, jalan-jalan...
8-Meninggalkan komen yang langsung tak ada kena mengena dengan entri.
9-Banyak meninggalkan komen pada blog orang lain.. tapi blognya langsung tiada komen.
10-Theme blognya langsung tak cantik tapi pendapatan dari iklannya lebih dari RM3000.00 sebulan.
11-Ada lebih dari satu blog, tapi semunya tidak di update.
12-Sentiasa bertukar-tukar platform.. sekejap Blogger lepas tu Wordpress, kemudian kembali ke Blogger dan sebaliknya.

13-Menulis tajuk entri yang langsung tiada kena mengena dengan isi entri.
14-Menulis entri yang isi nya cuma "Aku Bosan...!" tapi dikomen lebih dari 100 pembaca.
15-Hentam blog orang lain.. tapi blog sendiri.. haprak.
16-Dah terkenal tapi humble macam blogger junior, ada yang junior tapi berlagak macam dah otai.
17-Hanya 'menziarah' blog yang paltformnya Wordpress sahaja, Blogger.. low class tak main.
18-Blognya dikomen oleh ramai pembaca tetapi hanya komen pada blog 'kawan baik' sahaja.
19-Follow banyak blog, tetapi blog dia tiada yang nak follow.
20-Sentiasa mengadakan contest.
21-Tidak menjawab komen pembaca.
22-Menziarah kalau dia buatenri baru sahaja.
23-Sangat perihatin dengan blogger yang lain.
24-Marah bila ditegur.. dia akan delete komen.
25-Suka menulis entri yang lucas sahaja.
26-Nama macam perempuan tetapi lelaki sejati.
27-Copy bulat-bulat apa yang ada dalam surat khabar.
28-Gaduh dengan pasangan lepas tu kutuk bagai nak rak dalam blog.
29-Letak Adsense.. tapi tiada iklan.
30-Makan blog, tidur blog, mandi blog, kerja blog, dating blog, minum blog.. pendek kata.. dia tak hidup di alam ini cuma di alam blog sahaja.

Setakat ni.. selama aku berblog blogger sebegitu yang dah aku jumpa di skrin PC atau laptop aku..