Home / Tips / Aku Kecewakan Pengunjung Blog Aku
Aku Kecewakan Pengunjung Blog Aku
by Zoul on 24 January 2010
Blogging.. ramai yang berminat untuk berblog dan ramai juga yang kecewa dengan blog. Ada yang pernah berblog kemudian kecewa tetapi kembali berblog atas sebab-sebab yang tertentu. Ada yang berblog sekadar mengisi masa lapang, mencurahkan perasaan dan menambah pendapatan dengan menggunakan blog.
Walau apa pun sebab untuk kita berblog, tidak ada gunanya kalau hanya 'syiok sendiri'.. maksud aku, takkan aku menulis hanya untuk tatapan aku sendiri. Sudah tentulah aku mahukan pembaca atau sekurang-kurangnya dikunjungi mereka yang sekadar menjadi 'silent reader'.
Aku sendiri merupakan pengunjung tetap beberapa blog (sekadar menjadi silent reader) dan aku tahu bagaimana rasanya 'diseksa' oleh tuan punya blog
sewaktu aku mengunjungi blog mereka. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku pada pengunjung blog aku yang tak seberapa ini, aku kerap melakukan perubahan.
Biar aku senaraikan perkara-perkara yang ada pada blog aku yang aku rasa 'menyiksa' sebahagian pengunjung blog aku...
1-Chatbox.
Aku pernah 'menggantung tak bertali' chatbox aku gara-gara ianya menyebabkan blog aku jadi slow loading. Memang kalau ada chatbox blog kita jadi nampak meriah kerana adanya komen-komen, spam-spam, iklan-iklan dan lain-lain pada shout box. Tetapi itu semua berlaku kerana kita malas untuk meninggalkan komen pada comment form yang disediakan.
Namun atas permintaan dari beberapa orang sahabat blogger, aku letakkan kembali chat box tu dan korang lenjanlah cukup-cukup. Aku cuma berharap chatbox tu tidak mengganggu loading blog aku.
2-MP3 dan Youtube.
Dua benda ini memang menarik jika diletakkan pada blog tetapi, dua benda ini lah diantara yang paling berat. Terutamanya jika diletakkan pada sidebar, jadi aku buat keputusan.. hapuskan dari blog ini.
3-Javascript.
Sebelum ini banyak aksesori yang aku letakkan 'didalam kod' template aku, kononnya supaya blog nampak 'profesional'. Kebanyakan kod tersebut menggunakan javascript yang sudah tentu 'memakan' banyak masa untuk loading. Jadi aku buat keputusan "you are been erased.."
4-Comment Approval
Pada asalnya untuk mengelakkan spam comment kononnya maka aku letakkan setiap komen perlu mendapat approval dulu sebelum disiarkan (publish). Macamlah blog aku ni terkenal sangat nak buat sebegitu. Lagi pun orang yang meninggalkan komen ni, dia rasa seronok bila melihat komennya tersiar. Jadi aku pun buat keputusan.. off kan sahaja.
5-Comment Varification
Satu lagi yang aku tidak sengaja ialah aku aktifkan varification code untuk komen. Kalau aku masuk blog orang lain kalau ada verification code tu, aku menyampah nak komen dan lain kali aku tak komen lagi dah.
Lain lah kalau blog aku ni blog selebriti yang mungkin kena spam. Jadi aku disablekan function nya.
6-Imej pada blog template.
Ini kelemahan pada template blogger. Kalau kita nak rupa blog kita nampak canggih sikit, perlu gunakan imej yang dihostkan diluar seperti Photobucket atau pada Blogger sendiri. Imej inilah selalunya yang berat untuk loading dan mengambil masa panjang. Jadi aku gantikan imej dengan html color.
7-Disqus Comment Form
Sebenarnya aku pernah menggunakan Disqus, JS Kit dan Intense Debate pada blog-blog Blogger aku. Semua ni gara-gara Blogger tidak menyediakan thread comment system. Memang lambat dan menjengkelkan bila nak tinggalkan komen.
Kali ini aku letak lagi Disqus Comment System dalam blog ni. Kalau anda rasa ianya menyesakkan fikiran vote saja di sidebar. Aku akan bebaskannya kalau ianya menyusahkan.
8-Tidak membalas kunjungan.
Inilah masalah shoutbox.. Bila komen yang ditinggalkan menjadi banyak ianya akan pergi ke page yang 'hidden' jadi kerap kali aku terlepas pandang dan aku tidak membalas kunjungan. Jadi untuk mengelakkan ini, sila lah tinggalkan komen pada komen form.
9-Iklan Nuffnang
Iklan Nuffnang memang aku letakkan kononnya nak cari sikit duit poket. Mana-mana yang diletakkan pada sidebar, kurang sedikit masalahnya tetapi.. jika diletakkan di atas header.. dan pada waktu itu internet slow connection, memang menyakitkan hati.
Kadang-kadang ada blog kawan-kawan yang langsung blank kerana adanya Nuffnang di atas header. Oleh kerana sebab yang tertentu maka terpaksalah aku biarkan saja Nuffnang bertapak di situ. Kalau boleh buat tuan punya Nuffnang, banyakkanlah lagi saiz iklan supaya mudah kita memilih tempat untuk diletakkan.
10-Entri yang mengarut
Pada asalnya blog ini aku buat sebagai tapak kenangan selama hidup aku, tetapi adanya permintaan supaya aku buat entri tentang tips dan blogging. Aku tak nak kecewakan pembaca aku jadi aku buatlah.
Bukan tak nak buat blog lain.. tapi aku dah ada banyak blog (kebanyakannya pada platform wordpress dengan ID yang lain) , aku takut tak boleh nak manage. Sebab itu aku muatkan sekali entri mengarut dalam blog ni.
11-Tidak update blog
Pernah blog aku tidak berusik selama beberapa bulan dan aku menerima email serta pesanan dari shoutbox oleh rakan-rakan blogger yang bertanyakan "Kenapa dah lama tak update blog...?" Maaf lah .. waktu itu arwah mama aku sakit dan aku terpaksa melupakan blog ni untuk sementara. Aku harap kali ini aku akan sentiasa update blog ni walaupun dengan cerita-ceriti mengarut.
Eh.. dah pukul 3:25 pagi.. aku nak tidur dulu lah.
Lain kali aku sambung lagi kalau ada yang nak baca..