Budak Tak Cukup Akal

by Zoul on 23 January 2010

Pada satu ketika dulu.....Aku, Adi dan Leman.. tiga orang sahabat yang sedang menunggu result SPM. Setiap hari kerja kami cuma lepak, makan, tidur kemudian lepak lagi. Tempat lepak kami betul-betul di simpang tiga penghujung jalan kampung kami. Hobi kami, bermain gitar sambil mengusik anak dara orang.

Pada satu hari waktu kami sedang melepak..
"Hei budak-budak, korang kalau nak kacau anak dara orang tu cari lah keje dulu.." kata seorang pakcik yang lalu sambil buat muka kerek.
"Aduh ni dikira mencabar ni.." kata Adi.
"Jom besok kita carik keje.." aku buat cadangan.
"Set.... pukul lapan pagi besok semua kumpul kat sini.." kami semua bersetuju.

Malam tu aku minta arwah mak aku gosokkan baju dan seluar, tapi aku tak beritahu aku nak cari kerja.. nak buat supprise konon.

"Baju yang mana nak pakai..? Arwah mak tanya.
"Baju long sleeve mak dengan seluar slack hitam.." Jawab aku.
"Nak pegi mana ni?" Tanya arwah mak.
"Dating.." Jawab aku selamber.
"Huh...!" Jawab arwah mak sambil buat memek muka lawak.

Pukul 5.00 pagi aku dah terjaga, dengan bersemangat terus mandi dan bersiap sambil menunggu waktu subuh. Lepas sembahyang subuh aku lengkap berpakaian ala eksekutif.
"Fuh.. hensem gak aku ni yer.." Fikir aku sambil memandang cermin.
"Tu tak nak sarapan dulu ke..?" Jerit arwah mak.
"Tak nak mak.. dah janji dengan Adi ngan Leman sarapan kat warung je.." Jawab aku.

"Wah hensemnya..." Kata Kak Nani, tuan punya warung tempat aku menunggu Adi dan Leman.
"Mestilah hensem.. tengok kaki lah.." Aku berseloroh.
"Kok iya pun nak jadi hensem... zip la seluar tu dulu.." Kata Kak Nani sambi ketawa.
Aduh.. malunya aku, lupa pulak nak zip seluar.
"Nak minum apa ni, jejaka tak zip seluar..?" Tanya Kak Nani lagi.
"Neslo panas.." Jawab aku ringkas sebab malu.

Adi dan Leman tiba dengan menunggang motor kepunyaan abang Adi.
"Ko naik motor sendiri ye.." Kata Adi pada aku.
"Apa ada hal..." Jawab aku dengan gaya berlagak.
"Hei.. turun la, minum dulu.." Jerit aku.
"Tak nak la.. kitorang dah minum, lagipun dah lambat ni.." Leman mencelah.

"Yalah, aku minum cepat-cepat.." Kata ku sambil menghirup Neslo.

"Eh korang semua ni begitu kacak sekali nak pegi mana..?" Kak Nani bertanya.
"Kitorang nak pinang anak orang, jadi nak pegi cari keje dulu." Jawab Adi dengan bangganya.
"Nanti jangan lupa kirim salam ngan anak dara Kak Nani tu.." Leman pula bersuara.
"Helleh..." Jawab Kak Nani
"Takkan dengan menantu pun nak berkira... kah kah kah..." Aku mengapikan Kak Nani.

"Ni, korang nak cari kerja kat mana..?" Tanya Kak Nani lagi.
"Tengok la, mana-mana kilang yang tengah cari director ke, manager ke.. nanti kitorang mintaklah.." Kata Adi.
"Budak tak cukup akal mana boleh jadi Manager.." Kutuk Kak Nani.
"Tak baik tau Kak Nani cakap macam tu.." Adi membalas

"Betul apa.. kalau korang cukup akal takkan nak pegi temuduga hari AHAD.." Kata Kak Ani.
"Hah..! hari ni hari Ahad ke..." Soal kami serentak.  

{ 27 comments... read them below or add one }

izz said...

adeh!!mcm mane bley lupe ari ahad plak nie??
hehe..

Nazz said...

Klau dh hari2 melepak.. mana ingat hari lagi dah..
Lagipun dah excited sgt la..

farhana87 said...

Hahahahaha.. Arini sabtu.. ;p

Erkkk.. Mintak2 keje trus mintak manager, director.. Giler hebat walaupun tak cukup akal.. Hahahaha..

'aqilah said...

hahaha, ni semangat mencari kerja ...:)

amad said...

hahaha.lawak2..so pengajarannye,pikir panjang sebelum buat sesuatu~~

fatin said...

hahaha.kelakar la korang, pegi cari keje hari ahad. yang x tahan tu lupa nak zip suar=p

tapi bila word 'arwah mak' tu cross, rasa sebak. serius.

p/s: this is my first time mendarat kat sini.

Nazz said...

Yup... semangat mencari kerja tp tak bersemangat nak kerja..

Nazz said...

Hi hi.. pandainya..

Nazz said...

Seyes aku ckp.. aku rindu bila teringat arwah mak aku.. thanks

L.N said...

hahahahahaha
gelak lagi
hahahahahaha
apa la hangpa nih.......adoyai....aku tatao na habaq pa...
aku gelok je la hahahahahahahaha

Nazz said...

Tak pa.. hang gelak, cek ikut sama gelak no..

tricksrex said...

kahkahkahkahkahkah!!

eryfarieha said...

kui kui kuiiii...
semangat sgt nak pinang anak dara org. :P

zuwairiaiman said...

hehehe.. tu la.. canner leh telupe tu

Nazz said...

Jgn la ko gelak.. aku ikut gelak ni... kui kui kui

Nazz said...

Yang nak dipinang anak towkey kedai minum plak tuh.. hish verangan..verangan

Nazz said...

Asyik ingat nk lepak jer..

nuhan said...

hahahahaha..adehh hari ahad rupanya..

nazz, aku xpenah lg ckp ayat ni kat mana2 belog..
"aku suka blog ko!, hari2 aku melawat blog ko. sekian terima kasih" ngee~^^

penulis said...

ekekeek....adoi2 bro...lwk gler citer crk keje korang..

lifesaver84 said...

hahahahhahaha!adui...adui...mmg rosak la akal pikiran semua...

Nazz said...

Sebab tak cukup akal lah tu.. hik hik

Nazz said...

Dengan terharunya... terima kasih sila datang lagi

Nazz said...

Aku sendiri pun boleh ketawa bila aku ingat balik keadaan waktu tu...

Nazz said...

Nasib baik bleh repair....

lalatulips said...

mmg xckp akal ke dl?
tp kelakar le

Nazz said...

hi hi hi...

ohmalaysia.com said...

haha.. lawak gile cite ni. seriously.

Post a Comment