Jongang..jongang..jongang!!
Sekumpulan budak lelaki menyanyi sambil menunggang basikal. Wajah mereka memang ceria sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Maklumlah lirik lagunya memang terselit unsur humor. Aku sendiri pun kadang kala terikut-ikut 'menyumbangkan' lagu tersebut.
Aku tidak begitu mengambil kesah tentang lagu tersebut sehinggalah... baru-baru ini di sebuah kedai menjual hand phone..
"Encik nak beli handphone kee..?" sapa seorang amoy ketika aku sampai di kedainya.
"Tak..tak.. saya nak mintak gantikan keypad handphone ni.." jawab aku.
"Handphone brand apee?" Tanya amoy tu lagi.
"Nokia, N95 8G.. ada tak..?" Tanya ku pula.
"Sekejap yee.." Kata amoy tu sambil membelek sesuatu di almari cermin.
Dalam pada itu masuk pula sekumpulan budak lelaki ke dalam kedai tersebut.
"Amoy comel.. top DiGi sepuluh ringgit satu.." kata salah seorang dari mereka.
"Sekejap yee.." Balas amoy tu.
"Encik.. sorilah tak ade lah.." Kata amoy tu pada aku.
"Tak apalah.." jawab ku kecewa.
"Amoy saya tengok-tengok ini handphone dulu boleh aaa..?" Tanyaku pada amoy tadi.
"Boleh sajee.." Jawab amoy yang fasih berbahasa Melayu tu.
"Amoy.. sini boleh download lagu ke..?" Tanya budak lelaki tadi.
"Boleh.. nak lagu apee.." Tanya amoy tu.
"Berapa satu lagu..?" Tanya budak tu tanpa menjawab soalan yang ditanya.
"Kalau beli handphone di sinii.. download free ajee, tapi kalau download sajee.. seringgit satu lagu". Jawab amoy.
"Boleh la.." Jawab budak tu.
"aku nak lagu.. Halimah jongang ada tak..?" Tanya budak tu.
"Lagu dia macamana..? Tanya amoy tadi.
Budak itu pun menyanyi sambil membuat memek gigi jongang. Semua rakan-rakannya ketawa dengan gelagat budak itu.
"Awak suka lagi inii ke.. kenapa..?" Tanya amoy tu lagi.
"Lawak la lagu ni..." jawab budak lelaki tadi.
"Hoi korang ingat orang jongang tu lawak ke.." Tiba-tiba seorang wanita mengherdik budak-budak tadi.
"Orang jongang pun orang tau.. ada perasaan juga" Sambungnya lagi.
Budak-budak itu semuanya terdiam.
"Kenapa tak nyanyi aja lagu.. boroi ke, jerawat batu ke, sitempang ke, sitonggek ke"(aku agak-agak aja, dah lupa..) Jerit wanita itu.
"Korang ingat aku tak rasa malu ke bila korang nyanyi lagu tu.." Suaranya mula perlahan
"Aku sedih tau...isk isk isk.." Wanita itu mula mengalirkan airmata.
"Iyalah aku tau.. orang jongang macam aku ni tak cantik.. tapi aku ada perasaan juga tau.." Kata wanita tu sambil tersedu-sedu.
Aku... speechless...
{ 83 comments... read them below or add one }
hahahaha
i tgk citer halimah jongang ni
macam over la plak
kalau kita pun
tak ada nak mengata depan2 bagai
habis2 pun gelak sikit2 jerk
muahhahahah
tak logik gak
ekekkek
woh...sensitip isu gak neh eaaa
hurmmmm
tp jongang 2 bole alter kn kn kn
naya betul ..
bukan dia pinta nak jadi jongang ..
cerita halimah jongang sekadar hiburan duniawi .. tp menunjukkan bahawasanya kecantikan masih lagi menjadi faktor no. 1 lelaki dlm mencari pasangan hidupnya ..
kalo perempuan yg jongang dan berubah menjadi tidak jongang dan ada lelaki2 yg dahulu mengeji kini memuji, maka tinggalkanlah lelaki2 seperti itu kerana mereka hipokrit!
kalo aq marah jugak weii...
so jangan perli atau melawak-lawakkan kelemahan orang lain
ade t'pk gak,
dorg wat cte 2 siap ade lgu lgi
xpk prasaaan org yg jongang ke.huhu
Memang, aku ada tengok gak.. kekadang tu agak melampau lawak dia .. hrmm
Aku ada sorang kawan yg dulu jongang.. lepas operate.. sattle
Nasihat buat para lelaki tu.. (adus aku pun lelaki gak)
Ouh..nyah.. sensitip ko rupanyer yer..
Apa yg penting bagi derang.. pitih masyuuukkk...
Hmmmm.. Betul.. Kdang2 org anggap sbg usikan tapi org yg melaluinya sndiri tu yg merasa..
sebab aq pun jongan..
________________________________
x elok la...dulu mase kecik aku jonggang gak....sian aku kena kutuk....huhu
Kesian kan.. paras rupa bukan kita yg pilih.. kenapa jd bahan ejekan..?
Nasib baik skrg dah encem kan..kan..kan
jong.. tp cute kan...?
aku pkai pendakap gigi...hahaha...mase umo 17thn...huhu
________________________________
Ku penah kene dulu gak.. Hmmmm.. Mmg laa org usik2 jek tp ttap terluka wo.. Huhu..
mmng x patot pn..
i x pnh tgok pn cite tu..
ibarat mcm nk ngutuk org je..
jongang???nasib baik gua tak jongang...gua just kulit gelap jer...
Salam...
Hahaha.. aku tau lagu ni pn..
dalam citer HALIMAH JONGANG tu..
Tp.. akhirnya.. citer tu.. halimah jongang jadik cun woo..
dia ckp dia eksiden.. pastu wat gigi batu.. keh keh keh..
hahahaha..
hilang dah kesentapan hati aq..
pandai ko ae..
________________________________
i tgk jgk cte ny..tapi tadela tebawak2 sampy nak dwnlod lagu dye..ish2.
kenapa di mane2 semua org asyik ckp psl lagu halimah jongang ni..mmg femes ey skrg..tulah,sape suruh asyik isap jari smpai ke bsr,sbb tu ah jongang..
aku xpnh tgok cite die..iklan je pnah tapi..
itulah pasal, sapelah punya idea nak cari untung dengan buat cerita camtu, Jongang pun tuhan jugak yang buat, bukan nya sesaja orang tu nak jadi, laa ni ASTRO sibuk dok promote cerita tu, tak sensitif lansung, kang kalau kena saman mula la buat alasan pelik2
Aku tak lah menepek tengok citer tu.. skadar slot2 dier jer.. hi hi
Ha.. ni pun ada lagunya kan..?
Hitam manis..hitam manis.. yang hitam manis..
pandang tak jemu..pandang tak jemu.. he he
...bila dah cun barulah sibudak jantan tu berkenan yek..?
Hai..dunia..dunia
Takat nak donlod tu aku tak heran pasal ada member aku yg donlod bunyik kentut.. pastu buat rington..
Well.. cuma aku ni bukan putera raja jer.. he he
Ha dengor tu.. jangan isap jari sampai besor nanti jongang..
Eh tapi tk juga.. sbb ada kawan sekolah aku dulu masa sekolah rendah gigi dier ok.. bila tumbuh gigi kekal jadi jongang.. camne plak tu..?
Bior org jong... semalaysia ni saman diorang.. tak pun mintak royalti.. ok gak
eh, kisah benar ke?? simpati aku pada wanita itu..
tp mmg xptut lagu tu...aku dgn adik bradik aku pun suke nyanyi..tp dlm umh jer laaa... tkut gak ada [ihak terasa,,
aish..
kesian gk..
ye pun nk gelak kan..
cover2 la sket..
xyah la nak jadi putera raja..
pastu sapa nak jadi jurutera,polis,jaga,cikgu tu sume..
T_T
________________________________
Tak mengapa.. Allah maha adil.. setiap kejadian dimuka bumi ini telah dijanjikan punya pasangannya.. insyaallah akan sampai waktunya dan dikala ianya datang bersyukurlah pada yang maha Esa..
Ala mana link nyer..?
eyyt! dey yinnadey kekekek
x bek taw seksis kek gituh...
or pompuan pon sama yerkkk
kalo aku jalan ngan kawan aku yg mmg encem....
mato dok melilau tgk...kawan aku, aku lak haram cm invisible!
kie orait la tuh
ahaks
ops.....tp ko jongang comey dow!
Abis.. ko cume suke kat anak raja jer.. he
Betul.. baru berlaku.. awal minggu
Sebenarnya aku pun tak perasan yg kakak tu jong.. pada awalnya.. sbb tak pandang dia..
ish3...maybe budak2 tu takde niat nak persendakan...tp cakap siang pandang2 la kan
ni cite asli ke ni? hehe ke sekadar rekaan semata2?
aku tgk sekali je cerita tu. lagu dia pun aku belum menghayati lagi.
tapi agak sensitf jugak laah kan.
Errr.. susah nak bagi reaksi yang jujur..
nasib baik lagu ni keluar pas saya dah pkai braces......tapi tak yah la nyanyi lagu ..saya phmsangat rasanya kalo org ckp kita jongang....hilang keyakinan diri wei....
Itu yang berlaku sebenarnya...
Uih.. citer asli lagi benar la bro..
Banyak lagi lagu yang sensitif sebenarnya.. terutamanya yg melibatkan tubuh badan...
Hrmmm...
Sabor yer..
pasti terasa yang mengalami masalah ni..
hahaha...sy jugak suka tengok crita ni...ingat kan sapa dulu pelakon baru yang jonggang tu...huhu...baru juga draf entri pasal halimah jonggang ni...ngeheheh
tu diaa..
tak pasai2 perempuan tu emo kat situ..
jongang itu ciptaan tuhan..
x baik menghina
huhuhu. aku tengok halimah jongang ni since die telemovie lagi.time tuh, aku rase best cuz ade mesej actually cite ni.tp, bila wat series ni aku rase sian lak kat orang2 yang senasib ngan halimah.
aku nak tgk cite tuh pun senyap2 cuz risau je takut ade yg kecik ati. tp,time sengal aku sampai...aku bantai gelak gak ngan lirik die. serius jahat aku :(
tak ku sangka sesensitip ini isu jongang
tgok jugk citer nie tpi bhgian 1 jer..die ade 2 bhgian kn..
ye laa..kecian jugk org yg gigi jongang nie..
mesti ahh diorg terasa..
Uih ye ke.. publish cepat!
Betul sgt tu..
Aku tak berapa tengok.. tp bayang kan kalau kita nyanyi lagu tu depan orang yg jong...
Sebab.. lawak atas kelemahan org lain kot..
ofcourse... hi hi
ntah le....
dah tak de idea kot nak buat cite lain
nak buat cite sebagai panduan hidup pun jgn le melampau sgt kan...?
akupun speechless...
selalu klu dengar lagu camtu... aku cakap satu je..
.. patutlah lagu x pernah dpt award...
aku tak tak pernah tgk cerita ni sbb tajuk dia pun dah macam bosan.tajuk ntah apa-apa.kesian cik halimah.
Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com
salam ziarah pada blog anda dan salam perkenalan.....
sorry laambat balas pasal... dalam masa berkabung ni tak ade mood nak berblog....
kami sudah baca older post entry kamu tu,,,,, yup... aku ade juga beli handphone dan download lagu sekali.... kang kadang ade gak terselit lagu yang tak sedap didengar.... macam yang kau kata lah....
ape pun salam dihulur tanda persahabatan antara blog... thanks datang ziarah lagi ye
alo..ni yg longlai ni..ak pn jo gk ni..ktrunn jo..huhu..
tp tetp syukur..ngeee~~
huhu...macam takde nma lain dorang nk letak..
cian kat org nme halimah nie...walaupun tak jongang,...org still nyanyi kat dye...hoho
but, walaupun i ta tgk citer tu...
i rasa citer tue ada pengajaran yg dye nak smpaikan jugak...
right??
:)
erk? betulla.. ksian..
Salam Siti Jarum,
Saya berterima kasih kerana membela orang-orang bergigi jongang daripada dihina oleh penerbit drama/telefilem Halimah Jongang (HJ) yang tidak bertamadun.
Terus terang saya dedahkan bahawa saya bergigi jongang. Anak saya ada dua orang bergigi jongang. Emak saya, pun bergigi jongang. Kami jadi begini kerana atas kehendak takdir ALLAH.
Asbab duniawinya dikatakanlah sebagai faktor genetik dan lain-lain kegagalan biologi.
Kecacatan ini bukan dipinta dan tidak menyusahkan hidup sesiapa pun. Tapi kenapa ada individu seperti A. Aida ini sanggup menghiris perasaan orang seperti kami.
Dulu di sekolah, perkataan 'jongang' itu saya sangat benci. Saya akan mengamuk jika ada yang cuba menghina di atas kecacatan kecil ini. Ramai yang takut dan tidak berani mengeji. Kini timbul lagi individu yang mengeji tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka ada kuasa penyiaran yang sangat besar. Mereka menghina orang jongang secara terang-terangan dan meluas menerusi siaran televisyen biasa dan satelit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Kenyataan penerbit (A. Aida) bahawa tiada penghinaan kerana kami adalah sebahagian daripada masyarakat adalah amat tidak masuk akal. (http://layarebiu.blogspot.com/2009/04/396-bukan-hina-jongang-halimah-jongang.html). Kami tidak dapat menerima kenyataan bodoh seperti itu. Kami hanya cacat pada gigi, bukan cacat pada pemikiran. Mereka yang terlibat dengan penerbitan HJ inilah sebenarnya terencat otak. Mereka itu ialah penerbit, pengarah, pelakon, penulis lagu tema, dan peminat drama HJ! Saya ingin menegaskan, bahawa judul drama, judul lagu, senikata lagu dan watak Halimah (Sheera) amat menghina dan mengeji orang-orang bergigi jongang.
Tapi mujurlah Siti Jarum menulis dan menghentam penerbitan drama ini pada 21 Feb 2010. Terima kasih sekali lagi. Sekurang-kurangnya kami rasa TERBELAlah juga. Saya harap melalui penulisan Siti, pak menteri yang berkaitan penyiaran dan kesopanan serta kesusilaan akan sedar aktiviti "penghinaan nyata" ini.
Kesimpulannya, kesan daripada penayangan drama yang kurang ajar ini ialah:
1) Kanak-kanak bergigi jongang sudah dibuli, disakat, dan dipermainkan di sekolah oleh teman-teman yang perasan sempurna sifat zahirnya.
2) Kanak-kanak kecil secara automatik diajar menghina orang dengan menyanyi lagu tema HJ di depan orang jongang.
3) Seluruh masyarakat Malaysia diajar menjadi tidak sensitif terhadap orang lain lagi.
4) Orang jongang akan terus dihina dan diperbodohkan oleh penerbit-penerbit jahil seperti A. Aida.
5) Jenis-jenis kecacatan yang lain juga bakal diguna sebagai bahan senda gurau oleh syarikat penerbitan filem.
6) Drama Melayu akan menjadi wadah yang semakin kurang ajar.
Begitulah kisahnya. Terima kasih sekali lagi daripada saya. Teruskanlah idea penulisan kritikan bernas lagi berapi anda seperti selalu.
Jangan hiraukan kritikan daripada individu yang terencat otak.
Sekian.
- Zam, Jitra Kedah. (019-4911335)
Halimah Jongang menghina
Oleh: sitijarum@utusan.com.my
(PANCAINDERA, Ahad, 21 Februari 2010)
SEBENARNYA Siti tak tau langsung tentang wujudnya drama bersiri Halimah Jongang. Tapi bila banyak e-mel melayang masuk sejak seminggu lalu yang marah-marah kepada orang yang membuat drama Halimah Jongang, Siti pun risik-risik dengan kawan-kawan. Memang benar ada drama berjudul Halimah Jongang. Lagu tema drama itu pun popular.
Siti hanya menggeleng-geleng kepala macam tak percaya langsung ada produser atau pengarah drama yang sanggup menghina orang. Siti pasti kalau Siti tanya pengarah atau produser drama itu, dia orang mesti akan cakap, “ala ini drama komedi.” Bagi Siti tidak kiralah komedi atau apa, menjaja keburukan wajah orang adalah penghinaan.
Masa kanak-kanak dulu ibu Siti selalu pesan, jangan sama sekali kita ketawakan orang yang berwajah buruk, cacat dan sebagainya. Ini kerana orang itu pun dikurniakan Tuhan, bukan kehendak dia. Siti pegang pesan itu hingga hari ini.
Sebab itulah siti sangat menyampah dengan siri sitkom yang menjadikan orang cacat sebagai bahan lawak. Orang bisu, orang pekak dan orang buta semuanya dipermainkan dan penonton yang tidak berapa cerdik pun ketawalah.
Begitu juga dengan Halimah Jongang, khabarnya rating drama bersiri ini tinggi memuncak. Dulu hanya sebuah telefilem saja, bila ada potensi menaikkan rating, dapat pula tawaran dijadikan siri. Adakah kita sanggup membiarkan fenomena mempersendakan sesama manusia ini berterusan dan yang ketawa macam mabuk todi bukan orang lain, orang Melayu juga.
Siti tidak dapat membayangkan bagaimana ada sesetengah daripada kita (sama sekali bukan Siti) yang terhibur dengan mempersendakan orang. Siti sama sekali tidak faham orang yang macam ini. Adakah mempersendakan orang sudah dibolehkan dan menjadi satu prasyarat sebuah masyarakat Melayu yang bertamadun? Kalau tidak, masakan rating ini menjulang tinggi dan produsernya pula menerima khabar dengan gembira.
Kalau orang tanya Siti, Siti akan kata Siti tak sanggup sama sekali untuk berbuat begitu. Produser drama ini tau tak bahawa setiap kali drama itu ke udara, orang –orang yang berwajah demikian akan terluka? Seperti kata satu pengirim kepada Siti, “Kalau nak cari rezeki dengan buat drama pun janganlah mempersendakan orang. Saya sangat terluka apabila kata-kata seperti Halimah Jongang… Halimah Jongang menjadi mainan di bibir kanak-kanak.”
Siti percaya mereka yang jongang tentu tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada produser dan pengarah. Mereka hanya memendam luka yang tersiat dek kepala otak yang memikirkan duit semata-mata. Lebih menyayat hati khabarnya produser yang sama akan membuat drama Fatimah Juling pula selepas ini.
Kepada produser dan pengarah yang bersekongkol dalam agenda mempersenda sesama manusia ini, gunakanlah bakat dan kemampuan anda dengan cara yang tidak menghiris hati orang. Banyak lagi cerita yang boleh ditulis, bak kata pujangga, ilham itu luasnya bagai lautan. Janganlah ambil jalan pintas buat Halimah Jongang. Anda mungkin boleh jadi jutawan tapi jangan lupa, itu adalah hasil kepedihan orang yang anda persendakan.
Tolong Hentikan Halimah Jongang
Oleh: AL-ALIF, Pahang.
(Tersiar dalam Pancaindera, 21 Februari 2010, ms:20, segmen BukanNakKata)
Drama Halimah Jongang patut dihentikan tayangannya. Kenapa orang Melayu mudah sangat menjatuhkan maruah bangsanya sendiri? Bukankah kita ketahui setiap insan ada kelebihan dan ada keburukan yang tersendiri. Adakah insan yang bergigi seperti itu meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa? Adakah satu kesalahan untuk hidup di muka bumi ini? Adakah satu dosa? Insan seperti ini bukan melakukan dosa sehingga mereka dicaci dan dihina.
Drama yang ditayangkan memberi impak yang besar kepada para penonton. Di luar sana kes-kes seperti buli dan akhirnya bergaduh adalah berpunca dari faktor menghina orang. Tidak bolehkah rakyat Malaysia kita hidup dalam keadaan yang aman tanpa menghina dan mencaci? Hentikan mengata sesama sendiri. Jangan sesekali mencaci sesama manusia walaupun secara bergurau. Ingatlah setiap yang lahir ada keburukan dan kebaikan. Ayuh mari kita sama-sama renungkan, moga kita dihindari dari kesalahan tersebut.
Maafkan saya kerana tersangat lambat memberi reply pada komen ini.
Sebenarnya memang telah mula ada suara2 di luar sana yg secara terangan menyatakan rasa kurang senang dengan cerita ini. Maklumlah ada terdapat org kita ni yang lambat sikit dalam hal berkaitan sensitiviti ni.
Harapan saya agar 'orang2 filem dan drama' agar mengkaji dari semua sudut terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesuatu drama atau filem dan jangan hanya mengakaji dari sudut keuntungan semata2.
Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan terima kasih di atas komen2 Zam yang dipaparkan di sini. Kalau boleh sila tinggalkan link anda...
terima kasih.
kesian.. hilang keyakinan diri manusia yang keadaan begitu... budak2 mngejek... kesian,,,
Ada kawan aku ni jongang, tapi ramai giler lelaki suka kat dia...hehe...org jongang ni cantik sebenarnya...tapi yg dalam filem tu yg tak cantik tapi perasan lebih...diri sendiri buruk macam anjing kurap ada hati nak persendakan orang jongang...salute bez fwenz aku tuuu...bnyak pakwe kejar dia lak yg terpaksa berlari sana sini...haha...
P/S: JONGANG BUKAN OKU ATAU CACAT YA, HANYA MISTAKE SIKIT PADA GIGI.
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
http://bartenderconnection.com/wp-content/themes/shadowbox/myblog.html
Post a Comment