Dah 2 hari juga aku mengadap PC dan Laptop aku tanpa rasa was-was. Gara-gara si Luffy juga lah aku memendam perasaan sampai komen dalam blog aku ni pun aku tak balas. Aku ingat aku nak panggil dia Luffy si Virus atau Virus Ah Fatt.. banyak bawak penyakit la dia tu. Puncanya aku dah lama minat kat sidia tu tapi aku was-was nak mulakan. Tiba-tiba si Ah Fatt mulakan dulu.. mau aku tak angin satu badan. Eh aku ni dah setiap hari tanya dengan kengkawan, tanya dengan blogger, check website.. ok ke dia tu. Baru dapat berita dia tu ok.. Ah Fatt sudah potong stim la...
Sapa dia tu..? la pasal apa tak tanya dari tadi..? Bukan sapa tapi apa.. sebenarnya dah lama aku nak letak DISQUS punya komen sistem kat blog aku. Aku minat pada dia punya thread comment system.. maklumlah Blogger belum dapat duit kutu yang nak dilaburkan. Nak guna Intensedebate harap muka dia jer lawa.. tapi katanya banyak masalah. Nak guna Js-Kit .. tak mampu (kene bayar). Tu pasal la bila aku pegi blog si Luffy rupanya dia dah guna dulu. Tu yang buat aku ambik keputusan untuk guna DISQUS dalam blog aku ni. Dua hari aku mengerjakannya .. sebab aku punya template highly customize.. maka aku kena buat manually.
Godek punya godek.. apa pun tak jadi. Bahagian kepala aku jadi sakit, itu tak termasuk beberapa 'bahagian' yang lain. Akhirnya aku buat keputusan.. buat aje template baru. Dan akhirnya.. dengan ini aku mengumumkan ... Jadi kalau nak tinggalkan komen sila tinggalkan sekali link anda. Kalau tidak.. juling mata aku nak cari alamat rumah korang untuk aku terjah balik. Buat si Ah Fatt, ko jangan nak tukar lagi sistem komen ko..hi hi. Ok damai lah.. damai lah..Tajuk kat atas tu saja aku buat macam tu supaya korang boleh datang sini, lepas tu komenlah kat komen form yang baru tu yer. Malunya aku.. orang lain dah berzaman khan guna benda ni.. aku gak yang ketinggalan sejarah. Lagi satu.. buat si Ah Fatt, sebab ko tak marah.. aku tinggalkan link ko banyak2 kat sini. Tahniah bro.. sebab jadi tuan punya blog yang antara paling tinggi kadar terjahannya.. tu kalau letak iklan kat situ.. dah lama dah ko main golf dengan Bill Gates sebab dah kaya raya. Eh bercakap pasal Bill Gates.. cuba masuk blog Bill Gates yang lama dulu kat SINI (Blogspot).. sekali dan pendek aje dia tulis .. komen yang menerjah 3000 lebih.. walawe..
Ok.. dah la.. bolehlah komen.. aku chuss dulu..