Tahun 2009... banyak perkara yang berlaku di depan mata aku. Kalau aku nak tuliskan ianya akan mengambil masa lebih dari 365 hari. Banyak sangat.. Namun ada beberapa pengalaman yang ingin aku kongsikan di sini.. Aku sendiri tak tahu pengalaman ini dikategorikan sebagai apa, lucu ke atau memalukan..
Pertama... Sembahyang jenazah
Waktu itu ada kematian di kawasan kejiranan aku. Orang yang meninggal itu pula memang dikenali disitu jadi mereka yang datang menziarah sangat ramai sehingga memenuhi segenap ruang yang ada di kawasan tempat tinggal simati. "Pstt.. jom sembahyang jenazah.." bisik kawan aku.
Aku mengangguk dan terus pergi berwudhuk." Wah ramai nya yang nak bersembahyang.." bisik aku sendiri. Aku berdiri bahagian disebelah kiri imam. Niat dibaca... Allahuakbar! aku membaca fatihah.. Allahuakbar! tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menghentam punggung aku. Aku tak dapat nak mengimbangi badan aku.. dush! aku terjatuh.
Rupanya dalam ramai-ramai yang bersembahyang itu adalah seorang hamba Allah yang baru pertama kali bersembahyang jenazah. Bila dia dengar imam takbir.. apa lagi dia ruku' dan akibatnya hampir separuh jemaah jatuh terduduk.. Maaf aku nak beritahu, umur hamba Alllah itu 48 tahun dan baru pertama kali sembahyang jenazah...
Kedua..Azan
Hari Sabtu.. hari off atau hari cuti atau hari untuk bangun lewat.. he he. Memandangkan hari Sabtu aku tidak bekerja, maka petang itu aku ada kesempatan untuk bersama-sama jiran-jiran untuk bersembahyang Maghrib berjamaah. Pukul 6.45 ptg.. alamak aku belum bersiap lagi. Aku tengok orang ramai telah mula melintasi rumah aku untuk ke surau yang tidak jauh dari rumah aku. Aku bersiap dan tergesa-gesa ke surau. "Dik lain kali kalau nak ke surau datanglah awal sikit.." tegur seorang pakcik sewaktu aku sampai di surau.
Aku hanya mengangguk tanpa menjawab.."Aku tak pernah nampak pakcik ni pun.." bisik aku sendirian. Aku tengok pakcik tu duduk sambil mulut terkumat kamit.. berzikir kot.. Tidak lama selepas itu pak imam sampai.. Hmm.. dah waktu ni, mana bilal kenapa tak azan lagi?Tanya pak imam. "Bilal ada urusan kecemasan, baru tadi rumah adiknya dipecah orang.." entah siapa yang menjawab tu. "Tak apalah.. bang boleh abang azan bang?" tanya pak imam pada pakcik yang menegur aku tadi. Pakcik tu dengan agak teragak-agak, menganggukkan kepalanya.
Dia pun berjalan ke depan dan mengambil mikrofon ... dan seterusnya.. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.. Lailahaillallahuwallahuakbar.. Allahuakbarwalilla... !!! Subhanallah.. jerit pak imam. Rupanya pakcik tu tak tahu azan, dia cuma tahu takbir hari raya..
Ketiga.. Pengantin
Walimatulurus.. Kad jemputan kahwin dah datang. Biasalah waktu cuti sekolah. Aku dapat jemputan kahwin dari seorang kawan aku. Oh adiknya yang nak kawin.. kataku sambil terus membaca kad tersebut. Ah tak jauh ni.. kampung sebelah ni. Tidak jauh dari taman tempat tinggal aku memang ada kampung.
Harinya pun sampai.. aku pergilah ke rumah pengantin yang menjemput aku tu. Wah boleh tahan, dari jauh aku dah dengar bunyi alunan muzik indie dan rock. Sampai aja aku ke jalan masuk rumah pengantin.. pak pak brum.. pak pak brum.. bunyi kompang. Maka berjalan masuklah pengantin lelaki dan disambut oleh pengantin perempuan. Seterusnya pengantin duduk dipelamin.. Jemput makan ye! kata cik adik comel menjemput aku makan..
Aku sedang menyenduk nasi bila tiba-tiba.. Arrrggghhhhh!!!.. pengantin perempuan menjerit. Rupanya kaki kerusi pelamin terbenam ke tanah (maklumlah tanah gambut) dan pengantin perempuan jatuh ke tanah. Lepas itu aku tengok pengantin perempuan dan lelaki tergesa-gesa naik ke atas rumah... maalluuuu!!.
Keempat..Sitongkat
Kejadian ini tidak berlaku di depan mata aku tapi diceritakan oleh bapa saudara tuan punya badan. Dukedos (bukan nama sebenar) telah pun mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki. Anaknya telah berumur lebih kurang tiga tahun. Satu hari Dukedos pergi ke sebuah taman tema di Ibunegara kerana menyertai familyday yang dianjurkan oleh syarikat tempat dia bekerja. Isteri Dukedos turut serta tetapi menaiki kereta yang berasingan.
Maka bergembiralah mereka bertiga pada waktu itu. Untuk pengetahuan, si Dukedos ni dikategorikan sebagai lelaki yang kacak dan isterinya memang comel. Sedang mereka bersuka-suka tiba-tiba isterinya mengadu kurang sihat dan hendak pulang. Baiklah..! kata Dukedos. Tetapi entah kenapa si Dukedos rasa tak sedap hati.. dia telefon isterinya .. tidak berjawab. Dukedos mengambil keputusan untuk pulang.
Dalam perjalanan dia terserempak dengan kereta yang dipandu oleh isterinya dan yang pelik ia tidak mengikut jalan balik. Dukedos mengekori isterinya hingga sampai ke sebuah rumah tidak jauh dari situ. Eh.. kemana pulak bini aku tu..? bisik Dukedos. Sampai di situ isterinya telah disambut oleh seorang lelaki dan Dukedos kenal dengan lelaki itu. Itukan bekas boyfriend bini aku.. kata Dukedos sendiri. Bila isteri dan lelaki itu masuk ke dalam rumah Dukedos telah menghubungi semua ahli keluarga yang terlibat supaya datang ke alamat itu.
Bila mereka sampai.. Assalamualaikum.. !! tidak di jawab. Tak apa saya ada kunci! seorang wanita tiba-tiba muncul.. isteri lelaki itu rupanya. Bila pintu dibuka.. silelaki hanya memakai tuala dan siperempuan ada di dalam bilik air, sedang mandi. Dush...dush...dush..!! Dukedos membelasah lelaki tersebut. Aku ceraikan kau.. kata Dukedos pada isterinya.
Sehingga hari ini kawan-kawan aku masih memperkatakan tentang hal ini kerana.. isteri si Dukedos curang dengan suaminya dan memilih lelaki yang cacat kaki dan bertongkat kerana kemalangan jalan raya.. Kata mereka.. sapa yang nak kawin lagi.. KENA BERTONGKAT!
Sebenarnya ada banyak lagi untuk aku ceritakan.. nantilah bila ada masa terluang.. renung-renungkan dan selamat beramal..!
{ 18 comments... read them below or add one }
malang si Dukedos dapat bini cam gitu
yg paling x tahan tang azan tu..
bukan main suh org dtg awal..
sekali kena azan, takbir pulak yg bergema..
ekekeke
Yang sedihnya sampai sekarang.. anak dia pun bininya tak jenguk..
Memang kecoh satu taman masa tu.. maklumlah pakai mikrofon beb..
Adessss.. Macam2 bende boleh jadi yg kita tak jangka kan? Hehehehe.. ;)
Tapi yg azan tu adesh.. Bgitu juge ngan Dukedos.. Kesian lak..
haha..
kisah2 kat atas ni macam kisah dongeng je..
banyak pengalaman betul la..
Ye la.. sampai skrg belum ada gf lg tau... hi hi
Sebab mcm dongeng la aku tulis kat sini.. hihi
lau sembahyang jenazah tu maybe boleh terima lagi kot..
tang nak azan tu..hu3~mmg x patot ar
hahahaha
Aku rasa r waktu tu dia nerves kot.. tu jd yg bebukan tuh..
sesungguhnya kaum adam juga la y rasa malunya..
hu3~
best la gaya ko tulis entry..
hari ni baru sempat nak komen..
heee~
________________________________
Fuh.. nasib baik aku kaum Adam dan Hawaaaa.. kata Misha Omar...
senang je cerai cerai mcm tu..hohh
Azan jadi takbir raya? Biar betik?
Dah angin sgt la tu.. bini buat benda sumbang depan mata beb..!
Kalau lah aku dapat rakam kan situasi tuh.. tp buat apa memalukan org kan..
isk isk iskk
suka duka 2009
Post a Comment