Lelaki Lebih Setia

by Zoul on 22 January 2010

Antara hobi aku bila aku ada kelapangan ialah duduk melepak di sebuah kedai menjual DVD milik seorang lelaki berbangsa Cina. Kalau aku dah mula menyelak katalog, memang lamalah jawabnya aku di situ. Bukannya membeli pun.. sekadar suka tengok cover DVD tu saja. Towkey tu pun dah faham sangat perangai aku, dia jarang tanya sampailah aku panggil dia.

Satu hari aku singgah la ke situ dan seperti biasa towkey tu akan bertanya satu soalan lazim bila aku baru sampai...
"Kawan.. itu DVD baik punya sudah mali o.. tak mau ka?"
"Mana punya..?" Aku layan.
"Mana lu mau.. itu Melayu ada, Cina ada, Indon ada, US ada... Afrika pun ada." Jawab towkey.

Kadangkala pekerja perempuan towkey tu yang akan
bertanya atau memujuk aku membeli DVD 'baik punya' tu.
"Yalah bang... belilah satu ke, dua ke..." kata gadis tu tanpa segan silu.
"Aku dah pernah tengok semuanya.. tak de kick la, ada satu jer yang tak pernah aku tengok.." Balas aku pada gadis tu.
"Ha.. yang mana satu bang..?" dengan spontan gadis tu bertanya
"Aku cari yang ada rupa ko kat DVD tu.. sampai sekarang tak jumpa.." usik aku.
"Gatal la.. abang ni.." Kata gadis tu yang dah mula merah muka.

Terus terang aku kata.. aku tak pernah beli DVD yang sebegitu rupa, 18SX la.. XXX la.. 18 SG la.. Porn la.. hih buat apa beli? Sumpah aku tak pernah beli.. biasanya aku pinjam kawan je...

Sedang aku melayan gadis tu.. ting... tong....masuk seorang lelaki pertengahan umur. Lelaki tu tidak bercakap sepatah pun, cuma belek dan membelek segala CD dan DVD yang ada. Aku tanyakan pada gadis tu..
"Siapa abang tu...?"
"Entah.. dengan ni dah lima kali dia masuk.. tapi satu CD pun tak dibelinya" jawab sigadis.

"Ah.. lantaks la..." bisik aku
Kemudian lelaki tadi itu keluar semula tanpa membeli pun. Aku berfikir sendiri.. "siapa lelaki ni..? Perompakah, Pencuri, perogol yang ada siri number dan lain-lain lagi.

"Dari aku fikir pasal lelaki tadi baik aku usha anak dara ni.." bukan aku sengaja fikir begini tapi dia datang sendiri.. apa nak buat.
"Eh cerita baru ada tak..?" aku sambung semula perbualan aku dengan si gadis tadi.
"Ada bang.. tapi wayang punya, gambar tak clear lagi.." jawab gadis tu.
"Oh.. yang ada orang lalu lalang, makan popcorn, orang pergi tandas tu ke..?" Tanya ku lagi.
"Ha yang tu lah..." Gadis tadi mengiyakan apa yang aku kata.

..ting...tong... Lelaki tadi masuk lagi selepas lima belas mini, kali ini dia masuk dengan seorang budak perempuan. Apa yang dibuatnya tetap macam tadi, belek-belek..dan selak-selak.
"Ayah.. lapar la..." kata sibudak perempuan tadi.
"Nanti ya.. nanti kita singgah Rojak Corner makan kat situ.." jawab lelaki tadi.
"Ala... dah lapar sangat dah ni.." balas budak itu.
"Dekat-dekat sini mana ada kedai makan sayang..." lelaki tadi memberi alasan.

Aku rasa kasihan bila aku mendengar budak perempuan itu merengek kelaparan. Dengan mengawal kemanchoan aku, aku pun berkata pada lelaki tadi.
"Bang bawak la anak tu pergi makan dulu bang..." aku memulakan dialog.
"Bukan tak nak bawak makan tapi...." belum sempat habis aku dah menyampuk.
"Tak pa kalau abang tak ada duit, nah saya bagi.. abang bawak dia pergi makan ok.." fuh bergaya gila aku ni.

"Eh .. sapa kata aku tak ada duit..!!" Lelaki tu menjadi bengang.
"Habis tu yang dari tadi abang duk ke hulu ke hilir tu kenapa.. ingat saya tak nampak..?" jawab aku.
"Ko tau tak.. aku dah kat sini lebih dari tiga jam tau, aku dengan anak aku ni belum makan, belum minum tau.. yang ko kesah sangat ni pasal apa.." herdik lelaki tadi.

"Yang abang kat sini sampai dua tiga jam tu pasal apa..?" Tanya ku dengan agak serius.
"Aku tunggu bini aku beli baju la.. dah tiga jam dah tapi tak dapat-dapat lagi yang berkenan.. hangin aku" kata lelaki tu.

"La... iya ke..." mulut ku terkucil.