"Alamak trafik aku menurun.. kena kerja kuat ni"
"Apa ni trafik tinggi, klik sikit.."
"Aduh.. biol, apa entri nak buat ni..?"
Mungkin ada diantara kita yang pernah mengucapkan perkataan di atas. Sewaktu mula berblog, pening macamana hendak mengenalkan blog pada semua orang. Bila orang dah kenal, pening apa entri nak buat. Bila dah 'akil baligh', pening macamana nak buat duit dengan blog kta. Bila dah dapat duit, pening macamana nak tambah lagi duit yang kita dapat.
Hasil dari semua yang di atas, cuba nilai semula adakah kita masih lagi normal dari sebelum kenal blog? Jika aktiviti harian kita masih lagi berjalan seperti biasa, itu tandanya anda punya 'antibodi untuk blog' masih lagi kuat. Tetapi jika ada perubahan.. fikirkan sejauh mana perubahan tersebut.
Adakah perubahan yang dimaksudkan masih lagi ditahap yang terkawal atau yang sudah tidak dapat dikawal lagi. Jika masih terkawal, itu tandanya, anda belum hendak berhenti kerja atau masih lagi berusaha untuk bekerja secara normal. Atau anda masih sayangkan Facebook atau Friendster anda.
Jika sudah tidak terkawal, itu tandanya trafik, pendapatan, followers, rupa template anda masih belum memuaskan hati. Atau yang lebih teruk lagi anda menggigil yang ekstream kalau tidak merayau dan mengomen segala blog yang ada.
Anda yang mana satu?
Diantara tanda yang anda sudah tidak terkawal:
1-Internet anda sentiasa on dan blog anda sentiasa terpapar atau sekadar 'ditidurkan' sahaja.
2-Bila rakan-rakan mangajak keluar, anda kata yang anda ni sibuk. Sedangkan anda cuma sibuk mengadap skrin PC atau lappy.
3-Bila tidur, anda bermimpi berblog atau sedang mengomen.
4-Sentiasa memerhati sekitar mencari idea untuk ditulis dalam blog.
5-Anda boleh mendapt idea untuk menulis tanpa mengira tempat, contohnya di dalam tandas, di dalam surau, sewaktu berbual, sewaktu bergaduh dan sebagainya.
6-Jika ada sesiapa hendak berhubung atau berjumpa dengan anda (walaupun ahli keluarga) mereka perlu tinggalkan komen pada blog anda.
7-Anda langsung lupa tarikh yang penting (contohnya tarikh perkahwinan) tetapi anda ingat PR, rank Technorati dan Alexa.
8-Anda lelaki tetapi boleh menjadi perempuan sewaktu di alam blog atau seballiknya.
9-Apa sahaja yang anda jumpa atau lalui (samada baru atau sudah lama) akan anda tulis di dalam blog.
10-Anda tidak rasa lapar bila sudah mengadap skrin.
11-Anda boleh makan dan minum dimeja komputer.
12-Bila anda bercakap akan sentiasa terkeluar perkataan yang berkaitan blog dan internet contohnya "Eh, twitter tu terbang tinggi la.."
13-Anda kerap ambil cuti atau cuti sakit sebab tidak cukup tidur (berblog sampai pagi).
14-Anda menempah alatan di bawah..
Jika anda menghadapi simptom-simptom di atas.. anda sememangnya blogger tahap ketagih TEGAR.
{ 18 comments... read them below or add one }
aku ada sume simptom itu!!!!!
wuakakakaa~!
point no 4,5 10 dan 11 aku x dapat nafikan yg tu...hehe
Hohohoho.. Walaupun dah dekat setahun berblog, tapi takde lagi simptom2 tu setakat neyh.. Hehehe..
aku x tegar dah
tp masih gilak nak cari idea
Iye la.. dr gila kat blog baik gila kat aku kan..kan..kan
Syyy... jgn ckp kuat2 tau..
kadang2 aku pun sama jer.. hi hi hi
Ohhh... bizi lah ni yer..
Takpe nanti aku tolong ko kay?
Bloggerholic...Join the club bleh...? sebab aku blogworm... hi hi
Mancung tak..?
... nanti aku check ngan bomoh siam.. kot2 ko kene mandrem ker.. hi hi
nyah rela giler kt lappy wat masa ni..
XD
________________________________
diriku juga turut tidak kecuali. hehe ~
wah ini dah kira tahap kronik nie... ..kena berpada-pada..
Jgn sampai.. pening karang..
La... ada juga ker..? hai....
silap haribulan...ICU....!!
Dengnan Banggenye (posing ala derma pegang cheque beso)
saya adalah seperti di 5,6,9,10 & 12
mekacehhhhhh
Itu dah tahap tigasuku tegar to bro...hek hek
Post a Comment