
Untuk dijadikan cerita, semalam kereta aku meragam. Bila aku start pagi tu, kereta aku cuma berbunyi merengek aje. Start punya start. tak juga hidup. Tiba-tiba.. kuang!..kuang!..kuang! bunyi alarm kereta aku. Nasib baik aku tak panik, aku tekan remote alarm.. tak juga berhenti bunyi bising tu. Apa lagi, aku buka bonet depan.. aku cabut wayar bateri. Senyap.....
Aku dah tau dah apa masalah kereta aku... bateri dah kong!
"Hello Ah Kuat... nanti ko tolong antor bateri kat rumah aku:.." aku telefon pomen aku.
"Apa bateri lu mau.. kering ka.. basah ka?" Tanya Ah Kuat.
"Yang kering la.. basah aku tak main, tak best.." jawab aku.
Memang lah sebagai lelaki aku tak berapa suka yang basah-basah ni..
"Di angin yang lalu..." Ringtone lagu Uji Rashid (telefon aku berbunyi lah)
"Hello towkey...itu bateri stok talak,petang antar boleh ka?" tanya Ah Kuat
"Bolehla.." jawab aku.
Alamak aku kena pergi bank ni.. nak cash kan cek aku. Aku buat keputusan "Ah naik motor dah.."
Pendekkan cerita.. aku sampai dipekan dan terus parking motor aku. Aku tengok orang Majlis Daerah tengah zas..zas.. saman kereta yang parking percuma. "Lantak lah.." bisik aku.
"Bang.. derma bang..!" rayu seorang lelaki sambil menunjukkan kotak derma dan surat kebenaran. Aku seluk poket.. terus bagi pada lelaki tu. "Alamak.. RM50.00 tu.." bisik aku. Oleh kerana nak control mancho, aku buat muka selamber la. Tak pelah lain kali boleh cari lagi..
Aku masuk bank.. semua orang pandang aku. Aku pergi ambil nombor giliran.. semua orang pandang aku. Huih.. glemernya aku.. Belumpun sempat aku nak duduk.. nombor aku dah naik. Cepat-cepat aku pergi kaunter.. "Wah hensem hari ni.." kata kerani bank tu yang memang kenal dengan aku. "Well.. you dah makan ke blum..?" (Ulat bulu dah naik daun..) "Tak apelah.. " kata kerani tu.
Habis urusan aku.. aku ambil duit aku terus keluar dari bank. "Mana pulak aku letak motor ni.. oh kat sana"
"Eh.. mana helmet aku..?" Aku rasa macam nak pitam bila aku lihat helmet aku tiada di atas motor aku..
"Kebetulan ada beberapa budak sekolah (Perempuanlah ofcourse) dekat dengan motor aku.
"Diiik.. ada nampak helmet abang tak..?
"Helmetnya brand apa.? Tanya gadis tu.
"Apollo jer.. topi murah.." Jawab aku
"Warnanya putih buruk tu ke?" Tanya gadis tu lagi.
"Ya.. mana adik tau ni.. adik ada nampak ke..? Tanya aku lagi dengan happynya.
"Tu... yang kat kepala abang tu apa..." kata gadis tu.
Aku start motor dan balik dengan muka tebal......