Home / Info / Abang Ampunkan Timah Bang
Abang Ampunkan Timah Bang
by Zoul on 23 March 2010
Hari ini hari Selasa. Cuaca hari ini sangat panas. (teringat pulak karangan aku waktu darjah tiga). Pada hari ini Sarip bercuti. Selama tiga bulan bekerja, ini kali pertama Sarip mengambil cuti tahunannya untuk berehat di rumah. Malangnya pada hari ini isterinya keluar bekerja dan anak-anaknya pula telah pergi ke sekolah. Tinggallah Sarip seorang diri melayan perasaan. Jadi untuk mengisi waktunya yang 'boring' itu, Sarip pun membuatlah apa yang patut.
Selepas makan tengahari Sarip berehat sekejap di luar rumah sambil menunggu kepulangan anak-anaknya dari sekolah.
"Assalamualaikum...!!!"
Sarip seperti terdengar suara kanak-kanak memberi salam.
"Suara siapa pulak tu..?" bisik Sarip.
"Assalamualaikum..!!!"
"Suara sapa pulak ni....?" bisik Sarip lagi.
"Alamak.. suara anak aku lah.. aku tertidur rupanya.." bisik Sarip sambil tersenyum.
Sarip keluar dan membuka pintu pagar untuk anak-anaknya.
"Ayah masak apa hari ini..?" tanya anak perempuannya.
"Ayah masak yang simple aja.. janji boleh makan.." jawab Sarip
"Janji makanan tu boleh blah.. okey jer tu.." jawab anak lelakinya pula.
"Dah kamu semua pergi mandi, salin pakaian lepas tu kita makan ya.." arah Sarip pada anak-anaknya.
"Baik lah ayahanda ku.." jawab anak-anaknya.
Tepat jam enam petang...
"Bang... bang... kenapa abang tidur kat luar ni..?" isteri Sarip bertanya.
"Errggggghhhh..! eh.. abang tunggu ayang balik tadi, tu yang tertidur tu.." jelas Sarip
"Tak pa lah bang.. saya nak masuk dulu ya.." kat isteri Sarip
"Iya lah.. abang nak berehat kat luar ni lagi.." jawab Sarip
Tidak berapa lama kemudian..
"Abaaaaang!!!!!!!!.." jerit isteri Sarip dari dalam rumah.
"Kenapa..? tanya Sarip sambil termengah-mengah
"Bang.. ampunkan Timah bang!!! Timah banyak buat dosa pada abang.." jerit isteri Sarip sambil memeluk kaki Sarip ala-ala hindustan.
"Kenapa pulak ni..?" tanya Sarip.
"Timah selalu tak dengar kata abang, Timah keluar rumah tak mintak izin dari abang, Timah tak pakai tudung macam abang suruh... Timah warnakan rambut walaupun abang tak benarkan...!!! banyak lagi bang.." kata isteri Sarip sambil tersdu-sedu.
"Eh.. kenapa ni..? abang pun ada banyak buat silap juga tapi... ayang kenapa ni?" tanya Sarip kebingungan
"Salwa.. Danial.. mari sini nak..!!!" jerit isteri Sarip tanpa menjawab soalan
"Kenapa ni bu...?" tanya anak lelaki Sarip
"Pergi mintak maaf dengan ayah cepat.." arah isteri Sarip pada anak-anaknya.
"Kenapa bu...?" soal anaknya yang merasa pelik
"Pergilah cepat minta ampun dan maaf dengan ayah.." jerit isteri Sarip
"Ayah... maafkan dosa kami ya yah.." kat anak-anak Sarip sambil teresak-esak.
"Ye lah..yelah.. ayah maafkan.." jawab Sarip yang masih tak faham.
"Bang..! ampunkan Timah ye bang..." rayu isteri Sarip.
"Iyalah.. mintak ampun pasal apa.. " jerit Sarip yang sudah mula naik angin.
"Yang Timah mintak ampun, lepas tu.. suruh anak-anak mintak ampun ni pasal apa..? dah tebiat ke..? jerit Sarip lagi.
"Abang tu yang dah tebiat.. Timah takut abang pergi Timah tak sempat mintak ampun pada abang.." raung isteri Sarip.
"Aku pulak yang tebiat...?" Sarip bertambah pelik
"Ya lah.. yang abang basuh baju, basuh pinggan mangkuk, kemas rumah, vacuum carpet, basuh tandas, kemas bilik tidur.. tu pasal apa?.. selama 17 tahun abang tak pernah buat pun..." jawab isteri Sarip
"Bukan ke tu tandanya abang dah tebiat..! bang, ampunkan Timah ya bang.... manalah tau esok lusa abang dah tak de.." rayu isterinya lagi
Sarip......"Laaaaaaa..."
Buat para suami, selalu-selalulah tolong isteri ... jangan asyik nak membongkang aja...
Buat para isteri jangan derhaka pada suami.. nanti bau syurga pun tak lepas...