Auto Read More on Blogger

by Zoul on 26 March 2009

Aku rasa korang tentu ada gunakan read more option samada korang gunakan Blogger atau WordPress. WordPress user lebih senang menggunakan Read More option ni kerana ianya hanya perlu disetkan pertama kali dan seterusnya cut jumlah wording yang perlu dipaparkan secara automatic. Untuk sesiapa pengguna Blogger yang menggunakan Read More versi sebelum ini perlu setkan di mana untuk meletakkan kod Read More... kerja tu yang paling malas aku buat.

Tetapi sekarang aku menggunakan yang automatik. Aku cuma perlu taip sahaja tanpa mengira jumlah wordings dan ianya akan terpotong secara automatik. Ok kalau korang berminat begini caranya {versi ini juga support untuk thumbnail}

Teruskan Membaca

Argghhh Inilah Akibat Marah

by Zoul on 25 March 2009

Hari ni aku memang marah betul dengan seorang mamat tu.. Pagi tadi aku terserempak lah dengan mamat sorang ni sedang bersarapan kat restoran. Mamat ni memang aku kenal dan memang biasa berborak dengan dia. Biasanya kami berborak kosong saja.. ala mengumpat sikit-sikit la.. hi hi. Tapi entah angin apa yang dah kena kat mamat ni pagi tadi.. tak habis-habis dia mengutuk aku. Mula-mula dia kutuk aku pasal MU the red giant... okey lah memang MU dah kalah beberapa kali.. so what? Aku bukan pengurus MU pun, kalau MU menang pun bukan aku yang kaya. Aku cuma peminat, dia kalah ke, menang ke.. aku tetap minat. Tak apa, bola tu kan bulat.. tunggu lah aja lah.. hey game tamat lagi lah.

Aku sangka habis cerita MU dia senyap.. rupanya dia masuk pulak bab politik UMNO.. bersempena perhimpunan agung UMNO. Dia punya kutuk mengalahkan Karpal Singh tau... Aku rasa Karpal Sign pun tak buat macam tu. Dia terlupa agaknya yang dia tu pun Melayu.. Kalau nak marah, nak menghina, nak mengutuk pun agak-agak lah. Aku jenis yang tak suka dengar sangat pasal politik la. Bagi aku semua politician tu sama.. yak kira lah siapa pun, kalau dah memegang kuasa kena lah dia ikut resam semasa. Sepanjang perjalanan omelan dia, aku cuma jadi pendengar yang 'setia'. Kalau ikut hati aku.. nak aku bidas balik apa yang dia cakap tetapi, aku tak suka kalau jadi kecoh. So.. aku buat keputusan...
Teruskan Membaca

How To Steal Blog Background

by Zoul on 22 March 2009

Ho ho ho hari ini aku buat tutorial macamana nak jadi sikit evil.. hi hi {ketawa jahat} Pernah tak korang bersusah payah buat background untuk blog korang, guna photoshop lagi tetapi bila dah siap.. suddenly korang boleh jumpa same background pada blog somebody? Atau maybe korang ada berminat dengan blog header atau blog background yang dijumpai di internet tetapi tak tahu how to design it?

Ok, sebenarnya ada cara untuk 'curi' background or maybe blog header or whatever photo yang available di dalam satu-satu blog. This is how it can be done..


1-Korang buka lah mana-mana blog, contohnya blog cuiit ni lah











2-Korang hoverkan cursor pada image yang korang nak samada header atau background lepastu click kanan pada mouse. Pop up akan muncul kan.. click pada 'view background image'.











3-Image yang korang nak tu akan muncul berserta URL {link} di bahagian atas.












4-Sekarang korang boleh buat dua perkara
i] Click kanan pada image dan save as terus ke computer korang.
ii]Copy link yang ada tu dan uploadkan ke photobucket atau image shack atau mana-mana tempat untuk simpan photo secara online.

5-Atau kalau korang nak lagi evil, right click sekali lagi pada blog page tadi dan select 'view page source'.. korang akan nampak blog code nya dan macamana susunan kod tersebut. Tetapi Code ini tak boleh di download kerana ada hidden code {kod tersembunyi} korang cuma boleh copy mana-mana yang korang minat ajer..
Teruskan Membaca

How To Save Your Sidebar Content

by Zoul

Anda sudah jemu atau getting bored dengan blog template anda? Anda teringin untuk menggantikannya dengan template yang baru. Tetapi anda ada satu masalah iaitu malas untuk memasukkan semula kandungan sidebar template anda dari yang lama ke template baru. Sebenarnya kita tidak perlu berbuat demikian.

Dengan cara di bawah ini kita boleh tukar template kita sehari 3 - 4 kali pun boleh tanpa mengubah kandungan sidebar. Ok.. ini yang kita perlu buat:

1-Login ke Blogger -> Layout -> Edit HTML

2-Klik pada Download Full Template sebagai langkah berjaga2 jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sewaktu kita edit kod HTML template blog {save dengan nama yang senang kita ingat contohnya beri nama sama dengan nama blog kita}













3-Klik atau tanda centang pada Expand Widget Templates

4- Cari kod di bawah ini {gunakan Ctrl dan F bagi pengguna Firefox untuk lebih mudah}

<div id='sidebar-wrapper'>

5-Dan di bawahnya kita cari kod ini

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

6-Kemudian di bawahnya cari kod yang bermula dengan

<b:widget id=........

7-Bermula dari widget id kod yang di atas itu sehingga kod
</b:widget>
</b:section>
</div> (kod ini berada dikedudukan bawah sekali)

hendaklah dicopy dan paste kan di notepad atau wordpad

8-Langkah seterusnya ialah uploadkan template yang baru dan kita akan mendapat mesej seperti di bawah ini.


















9-Jangan savekan template tadi. Apa yang perlu kita buat ialah pada template yang baru kita buat perkara yang sama iaitu cari sehingga jumpa kod

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

dan bermula dari kod

<b:widget id=

hingga

</b:widget>
</b:section>
</div> (kod ini berada dikedudukan bawah sekali)

hendaklah didelete dan digantikan dengan kod yang kita copy dari notepad tadi.

10-Sekarang preview.. kita akan nampak sidebar template kita telah ada kandungan yang sama dengan sidebar template yang terdahulu manakala kandungan sidebar template yang baru telah terpadam.

11-Tetapi jika kita tidak mahu memadam kandungan sidebar template yang baru, kita hanya perlu pastekan sahaja kod html yang lama tadi di atas kod
</b:widget>
</b:section>
</div>
yang terakhir tetapi kita perlu pastikan tidak ada widget id yang sama. Widget id adalah nombor yang terletak selepas kod ini ( <b:widget id= ) jika ada yang sama kita kena tukar kepada nombor yang baru (contohnya dari nombor 1 kita boleh tukar jadi 11 atau apa-apa nombor asalkan tidak digunakan secara berulang)

10-Jika selepas preview semuanya dalam kedaan yang memuaskan hati, maka bolehlah disave template tadi.

Selamat mencuba..

Teruskan Membaca

HTML Code At Blog Posts

by Zoul on 21 March 2009

Ini post bidan terjun.. ada kawan kita yang nak letakkan kod html dalam blog post beliau tetapi, bila publish post sahaja kod tersebut telah ghaib. Jadi terpaksalah beliau menunda post tersebut sehingga masalahnya selesai. Sebenarnya tidak ada apa yang berlaku pada blogger atau template nya ya bro ******. Sebenarnya kod html kalau diletakkan pada blog post akan dianggap sebagai sebahagian dari kod posting jadi ia takkan kelihatan dalam blog post.

Oh ya ini contoh kod HTML

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<p><data:post.body/></p>

Untuk memastikan kod ini kelihatan pada blog post, kita perlu..
buangkan semua simbol < dan > yang terdapat dalam list kod tersebut dan gantikan semuanya kepada & g t ; dan & l t ; barulah kod tersebut boleh kelihatan pada blog post anda.

Atau jika anda rasa simbol tersebut terlalu banyak dan letih untuk menukarkannya, copy semua kod tersebut dan masuk ke sitecentricle, kemudian paste kod tersebut di page yang disediakan. Apa yang anda perlu buat seterusnya adalah menekan butang Encode dan kod tersebut akan di convert secara online. Jika anda menekan butang Decode, kod tersebut akan kembali kepada bentuk kodnya yang asal. Centricle merupakan site yang menyediakan perkhidmatan Encode / Decode HTML Entities secara percuma. Sebenarnya selain Centricle, ada banyak lagi site yang menyediakan perkhidmatan yang serupa.

Copy dan paste kan kod tersebut pada post anda.

Ini rupa site centricle.

Teruskan Membaca

Related Posts Under Post

by Zoul on 20 March 2009

Tutorial kali ni permintaan yang aku dapat dari Intan yang di email dan bertanyakan tentang bagaimana memasang related posts sebagaimana yang terdapat di dalam blog ini. Aku rasa semua tahu kegunaan related posts ini yang mana ia banyak membantu pembaca terutamanya yang telah ketinggalan beberapa post.

Biasanya related post {post berkaitan} akan memaparkan tajuk yang sama label dengan post yang sedang dibaca.

Ini contoh related post yang ada di dalam blog cuiit




















Seperti biasa sebelum anda membuat sebarang perubahan pada template code, seelok-eloknya savekan atau download terlebih dahulu template anda. Ini sebagai back-up jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Baik.. begini caranya untuk membuat related posts di bawah post anda.

Teruskan Membaca

Sweet Title Tooltips

by Zoul

Salam, Tutorial ini bagi memenuhi pertanyaan dari Hanis tentang warna biru yang keluar bila cursor dihoverkan pada satu-satu link dalam blog. Nama yang warna biru tu ialah sweet titles. Ada banyak blog yang membuat artikel cara memasang sweet titles ni, mungkin ada yang tak terbaca. Jadi aku buatkan lah kat sini ya.

Tutorial asalnya dibuat oleh Dustin Diaz , kalau korang nak yang original bolehlah layari blog nya ya {english blog}.

Ini contoh sweet tool tips yang di maksudkan tu.. yang kaler biru tau, bukan gambar di sebelahnya tu..









Teruskan Membaca

International Bahasa Melayu

by Zoul on 19 March 2009

Aduyai sakit kepala aku bila seorang kenalan aku yang berbangsa mat saleh minta aku jadi cikgu.. hu hu cikgu tu.. bukan cikgu sekolah tetapi cikgu untuk dia seorang saja. Jadi cikgu mengajar bahasa melayu.. Kalau setakat mengajar secara verbal tu boleh la, tapi apa yang dia minta lebih lagi wo.. Dia nak aku mengajarnya dari kosong sampai jadi pandai cakap dan membaca dalam bahasa melayu. Memang pening aku, maklumlah aku ni cuma layak jadi murid saja bukan cikgu. Kalau aku ni macam chekgu banihasim tu boleh la.

Sebenarnya, dia mintak aku beri sikit tunjuk ajar sebab dia nak kena berucap dalam satu majlis 'keparat'.. Dia ni nak bergaya sikitlah berucap dalam bahasa melayu.. kira bagus lah tu kan..

Bedezup...
Waktu aku mula 'mengajar' mat saleh ni macam-macam perkara lucu dan menyakitkan hati yang terjadi. Kali pertama sewaktu aku mengajar dia menyebut perkataan-perkataan mudah untuk membiasakan lidah keju dia ni. Macam mengajar budak pelat..bercakap betul pulak rasanya.

Dah pulak tu bila aku suruh baca.. diulangi, baca majalah dalam bahasa melayu.. sampai senak perut aku ketawa bila dengar dia baca.. langsung tak paham apa yang dibacanya. Maklumlah perkataan atau huruf kita disebut secara bulat bukan meleper. Kalau A kita sebut AAAA tapi dia sebut EEEE.. Perg macamana nak ajar sigedut nih.

Oleh kerana susah sangat dia ni nak ingat bunyi pelat melayu ni, aku buat contoh perkataan mat saleh untuk sebutan melayu biar dia boleh ingat.. contohnya macam ni.. 'sirwarktoo sirdung saryear burrjarrlund dee tarmund saryear turpeejuck tarhee boowrong'... walawe jenuh aku nak menulisnya.. Tapi aku terfikir, bagus juga cara ni kalau nak buat mat saleh berucap dalam bahasa melayu walaupun dia tak paham. Dia baca ajerlah kan.. tentu audience ingat dia tau baca...

Teruskan Membaca

Kelly Clarkson Kencing Berdiri

by Zoul on 12 March 2009

Hari aku nak cakap sikit tentang seorang pemenang American Idol.. Memang macam-macam hal dia nih. Memang tak dinafikan muka dan body dia ni memang cute lah. Terutamanya sewaktu awal kemunculannya selepas memenangi American Idol. Waktu itu dia ni slim lagi.. tapi sekarang agak 'berat' nampaknya. Sudah menjadi kebiasaan di Amerika, pemberita dan paparazzi memang selalu membuat mereka tak senang duduk. Biasanya ada sahaja perkara yang selama ini menjadi rahsia tiba-tiba menjadi hak public. Itulah juga yang terjadi pada si Kelly ni..

Baru-baru ini sewaktu ditemuramah oleh Blender Magazine Kelly telah secara terbuka mengaku dia suka 'peeing' waktu sedang bershower. Senang cerita, sambil mandi kencing berdiri lah tu.. dan yang bestnya lepas buang tu di kesat dengan tisu dan dia check pulak apa warnanya.. huih itu pun nak cerita juga ker..?

Teruskan Membaca

Mana Yang Romantik

by Zoul

Aduyai.. apa tajuk ni..? hi hi rupanya bagi mereka yang sedang 'bercouple' ni ada berbagai gaya berjalannya. Jadi cuba kita lihat foto di bawah ni dan cuba ingat semula.. yang mana gaya anda bila berjalan bersama 'sidia'....

Pegang tangan tapi serius
























Teruskan Membaca

Game Tendang Norman

by Zoul on 10 March 2009

Beberapa hari yang lepas aku terdengar 'kecoh-kecoh' tentang satu game baru {bukan baru sangat lah}yang terdapat di internet. Game yang direka khas buat mereka-mereka yang menyampah dengan 'selebriti' Norman Hakim. Aku pun carilah kat net.. dan terjumpa dua-dua sekali, game tendang Norman dan game tendang Memey. Ini adalah game yang ringkas dan dibuat sekadar untuk melepaskan perasaan. Kalau korang nak rasa mainlah kat bawah ni..

Teruskan Membaca

Hadiah Yang Paling Perempuan Suka

by Zoul on 08 March 2009

Aku tak taulah samada anda, lelaki diluar sana telah ada yang punya, sedang cari untuk dipunya atau tak ada siapa yang sudi untuk dipunya. Tetapi untuk mereka-mereka yang sudah berpunya {isteri, tunang, aweks atau sedang mengusya}, pernah tak anda terfikir untuk memberi hadiah buat pasangan anda. Tidak kiralah untuk sambutan apa hadiah tersebut. Selalunya.. buat yang sedang bercinta, waktu ini lah kaum lelaki rajin memberi hadiah. Sanggup makan maggie selama setengah bulan semata-mata untuk membelikan hadiah yang 'grand' buat sidia.

Tetapi bila dah berumah tangga, jangan kan hadiah.. tarikh lahir isteri pun silap haribulan boleh terlupa. Ho ho buat kaum Adam jangan marah he.. ni kenyataan yang perlu diakui tau.. Tetapi, ada juga yang baik, hingga isteri/awek tak tau hadiah yang diberi tu sempena apa, sebab setahun hingga 14 kali beri hadiah {ayat nak jaga hati ni}.

Teruskan Membaca

Apa Citer Ni

by Zoul on 07 March 2009

Layaannn..




Teruskan Membaca

Malunya Aku

by Zoul on 06 March 2009

Salam.. rasanya dah tiga empat hari aku tak post apa-apa entry kat sini.. bukan sibuk.. tetapi menyibuk.. aku menyibuk dengan apa yang berlaku sekarang ni. Sebagai rakyat malaysia sejati {bukan PATI tau} aku sekadar ingin meluahkan apa yang berbuku di dalam hati aku ni..

Aku kan rakyat yang perihatin.. jadi tak salah rasanya kalau aku nak meluahkan rasa hati aku ni kan...

Betul aku malu...









Teruskan Membaca

Siapa Mereka Ini

by Zoul on 01 March 2009

Kalau korang nak tau.. Top 5 Commentors blog ni... Setakat hari ni merekalah yang paling banyak meninggalkan komen.. jadi bagi menghargai sumbangan mereka.. {aku nak bagi duit.. tapi duit tak banyak macam jaws} aku letakkan wajah-wajah mereka di sini beserta link mereka.

Kalau korang nakkan komen yang banyak, kunjungilah mereka ini..


Teruskan Membaca