Desperate Promo

by Zoul on 30 January 2009

Promosi...promosi...promosi!!
Aku on the way pegi ke bank tadi.. biasa la bayar utang la, apa lagi.. tengah berjalan tu sorang budak datang kat aku ngan bagi flier. Promosi... dari sebuah syarikat perabut dan peralatan elektrik yang dikenali kat malaysia ni. Sampai kat bank, sambil tunggu nombor aku kena panggil.. aku belek-belek flier promosi tu. Aku rasa ada yang murah.. tapi terselit juga produk yang lebih mahal dari kat luar.

Aku tak kisah sangat lah, tapi...tiba-tiba aku terpandang salah satu promosi tu... beli handphone dapat TV percuma.. Hah! dapat TV percuma.. Apa dah jadi sekarang ni? kalau dulu orang beli motor dapat helmet kokak satu. Tak pun beli mesin basuh dapat sabun basuh satu..

Tapi sekarang dunia dah terbalik.. beli handphone dapat TV. Handphone lagi mahal dari TV sekarang ni. Tak kiralah type apa atau brand apa TV tu.. aku rasa macam kelakar pulak (walaupun aku suka apa yang menguntungkan). Bayangkan satu hari nanti apa pulak promosi yang muncul.. agaknya akan datang basikal lagi mahal dari lori antu.. so, promosinya.. beli basikal satu dapat keta kancil sebijik... wa ka ka

Ni aku attach sikit portion promo tu...

Teruskan Membaca

Shoutbox useless

by Zoul

Macam biasa kalau ada kelapangan aku merayau-rayau kat blog sesapa pun. Kadang-kadang tu lama juga aku jadi penunggu kat satu-satu blog sebab entry nya yang sedap dibaca atau pun penuh berilmu. Dalam merayau di alam maya tu kekadang aku rasa kagum bila terjengah blog kengkawan yang punya trafik yang tinggi. Hingga kekadang aku rasa jengkel juga bila entry nya kadangkala cuma "hari ini aku bosan"... itu saja. Tapi dia punya komen berpuluh yang datang.
Tapi aku taklah bengang sebab aku tau sebelum dia mencapai 'tahap' tu tentu dah bermacam usaha dia buat sebelum blognya di kenali. Lain lah kalau kita ni memang selebriti atau tokoh terkenal macam chedet. Dia punya entry cuma 'Happy Chinese New Year' jer, tapi yang komen bagai nak rak. Kalau tengok pada dia punya visitor ajer dan mencecah berjuta. Fuhhh...Nak letak iklan aje.... paling murah RM300.00 sehari... diulangi, sehari beb..

Teruskan Membaca

Create Collapsable Read More

by Zoul on 28 January 2009

Aku ada terima email dari REZaries yang meminta panduan untuk membuat collapsable read more macam yang ada dalam blog aku ni...

Dia kata:

"salam..nice blog anyway,nk tnye skit ni..cm ne ko buat post2 ko tu ade read more?..bleh kasi tunjuk ajar skit?..msuk2 la blog ni, http://rezaries.blogspot.com..huhu..
TQ~"

Aku terfikir kalau aku emailkan hack ni kat REZaries aku bimbang kalau ada yang lain pulak bertanya so, aku buat keputusan untuk letakkan dalam entry aku nih..

Untuk membuatnya sebenarnya senang jer..

Sebelum buat apa2 perubahan dalam template blogger korang, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini waktu proses editing, pastikan korang download dulu template korang.

Caranya..

Teruskan Membaca

aku marah kat budak jawa

by Zoul on 27 January 2009

...tak delah, aku melayu kok..! ayat yang biasa aku dengar bila bercakap tentang orang melayu keturunan jawa kat sini. tak salah pun.. diorang sendiri yang jadi penyebabnya. biasanya orang bangga dengan teras keturunan diorang. tapi muda jawa kat sini tak rasa macam tu. aku sendiri jarang sangat dengar orang muda jawa yang cakap jawa samada jawa yang sempurna atau jawa rojak. memasing cakap melayu walupun sesama bangsa... alasannya mak bapak tak ajar. kalau mak bapak nak ajar, korang nak belajar ker?

pasal apa hah? kalau kita 'born to be' jawa, itu perkara yang sangat memalukan ke? 'jatuh standard' ke kalau orang lain tau kita orang jawa. aku rasa satu hari nanti, jawa cuma tinggal nama aje kat negara kita ni kalau keturunannya tak berbangga dengannya. selalunya orang akan kaitkan jawa dengan indon, itu tak boleh dinafikan sememangnya keturunan jawa yang ada kat malaysia ni asalnya dari indonesia. tapi....
Teruskan Membaca

Aku benci update blog

by Zoul on 25 January 2009

Aku tak tahu ada tak sesiapa blogger kat dunia ni yang sama macam aku.. Dah lama dah aku pendamkan perasaan ni. Aku sakit hati betul bila update blog aku... Walaupun sebenarnya...

•Aku suka blog aku
•Aku suka kengkawan baca entry aku
•Aku suka upload foto yang berkaitan entry aku
•Aku suka ubahsuai template aku
•Aku suka update widget blog aku
•Aku suka balas komen kengkawan
•Aku suka baca shoutmix aku
•Aku suka balas lawatan kengkawan blogger
•Aku suka guna perkataan salam, singgah, I follow U, cantik blog ni dan entry bagus bila menaip dalam shoutmix kengkawan
•Aku suka entry yang lain dari yang lain bila baca entry kengkawan
•Aku suka menjenguk blog kengkawan yang aku follow
•Aku suka update blog aku bila terfikirkan new entry

Tapi..aku benci bila mesej yang semacam ni kluar...

Teruskan Membaca

Blog Header Pengomen

by Zoul on 23 January 2009

Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi mengunjungi Cuiit dan tanpa segan silu meninggalkan komen-komen mereka. Sewaktu aku membuat kunjungan balas atau kunjungan semula ke blog mereka, aku terperasan sesuatu... iaitu header dan template untuk blog mereka...

Ada bermacam-macam blog header dan template... bagi aku kesemua mereka ini kreatif dalam menghasilkan rupa blog . Aku juga pernah terbaca satu artikel tentang blog yang menyatakan, blog header serta template merupakan salah satu elemen yang penting dalam membuat pengunjung tertarik untuk mengunjungi satu-satu blog. Juga untuk pengunjung datang semula ke blog tersebut.

Untuk menunjukkan rasa terima kasih aku,
di bawah ni aku attachkan blog header sekali dengan link lovenya untuk semua pengunjung blog Cuiit yang telah meninggalkan komen (tidak termasuk komen pada shoutmix yer..) Korang tengok lah mana yang cantik, kreatif dan menarik... (maaf ia tidak ikut susunan jumlah komen)

Teruskan Membaca

Tennis Fans

by Zoul

Takpaham... aku tak paham. Sampai hari ni aku masih lagi tak paham, pasal apa ada orang 
yang minat untuk menonton perlawanan tenis. Sebenarnya dalam banyak-banyak sukan atau permainan yang paling aku tak suka ialah TENIS... Aku juga rasa pelik (bila tengok TV) ramai betul orang yang menonton perlawanan tenis. Bagi aku perlawan tenis ni... tak best langsung...
buang masa aja (aku mintak maaf pada peminat tenis semua).

Hari ni aku cari kat internet pasal apa orang minat sangat dengan perlawan tenis ni.. ini lah hasilnya:

Teruskan Membaca

Seluar dalam keselamatan

by Zoul on 19 January 2009

Bukan... ini bukan seluar dalam keselamatan yang macam cawat
besi tu. Seluar dalam ni gunanya untuk menyimpan duit korang la. Sebenarnya aku dah lama tunggu spender spesel ni dijual kat sini, sejak tahun 2006 lagi. Tapi... tak nampak pulak...ada dijual kat mana-mana.

Ada orang dah kaji, perompak takkan menyelongkar tempat-tempat yang menjijikan kalau diorang buat projek diorang tu. Pasal tulah timbul idea ni. Kalau korang perasan kat bahagian terselit tu ada kesan najis kan. Tu bukan najis betul tapi fake aje tu. Spender ni ada poket yang saiz dia 4"X10" kat bahagian depan... gunanya buat sorokkan duit la.
Teruskan Membaca

Langkah Mengedit Template Blogger

by Zoul

Berikut adalah langkah-langkah asas yang perlu dilakukan jika anda hendak mengedit template Blogger anda:

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

1-Sign In ke Blogger













2-Klik pada Layout













Teruskan Membaca

Mulut Yang Patut Dilaknat

by Zoul on 18 January 2009

Kisah trajis di Gaza belum berakhir.. ratusan nyawa melayang dan ribuan lagi menderita dengan kecederaan dalaman dan luaran. Namun bagi geduak-geduak di bawah ni, semua itu tidak dipandang asalkan matlamat mereka tercapai. Matlamat untuk mewujudkan negara yahudi yang aman kononnya..

Geduak-geduak ini lah yang menjadi penyokong keganasan yahudi
terhadap rakyat palestin. Aku doakan semoga geduak-geduak ini akan sentiasa mendapat LAKNAT dari Allah SAW. Mulut-mulut geduak ini lah yang menjadi punca segalanya.....
Teruskan Membaca

Ayat menolak lamaran

by Zoul on 17 January 2009

Korang tak ready lagi tapi pasangan korang sibuk sangat ajak kawin. Apa alasan yang korang akan bagi? Kalau tak de idea...pakai aje mana-mana yang kat bawah ni...

•i muda lagi tau..

•i ni tua sangat dah..

•Kerjaya i lebih penting tau..

•i tak de masa lah..

•You ni bukan taste i lah..

•Nanti you tak boleh ikut cara hidup i...

•Aku takut beranak lah..

•I tak hafal lagi " Aku terima nikah....."

•Takut lah, sekarang ni kena test darah tau..

•Tak nak lah you ni dah duda...
Teruskan Membaca

Buah Cempedak Diluar Pagar

by Zoul on 16 January 2009

Salam buat semua pengunjung blog aku ni.. Sebenarnya agak lama dah aku surf kat internet terutamanya blog-blog yang sememangnya tak terkira banyaknya. Tujuan aku tak de lain... skodeng orang lain punya blog. Bukannya apa, sebenarnya banyak ilmu , maklumat dan tak kurang juga luahan perasaan yang boleh aku perolehi di situ. Terutamanya blog mereka-mereka yang telah berjaya sebagai blogger. Berjaya yang dimaksudkan.. bukan hanya dari segi wang ringgit tetapi juga berjaya menarik pengunjung sehingga lebih dari 10,000 pengunjung sehari... hebat tu..

Dan sebagai new comer dalam blogging ni.. mungkin ada kelemahan dalam mengenalpasti atau senang cerita tak kenal lah mereka-mereka yang lain yang telah success dalam arena berblog ini..

Teruskan Membaca

Boikot Israel alias Yahudi

by Zoul on 14 January 2009

Alhamdulillah... banyak blog yang aku baca rata-rata menyatakan rasa marah dengan tindakan kejam regim yahudi terhadap penduduk palestin. Ramai juga yang menyokong agar kita memboikot israel atau yahudi. Tapi sebelum kita membuat tindakan, fakta di bawah ini juga perlu diambil kira...

Sebahagian besar syarikat atau individu penyumbang terbesar kepada kekayaan yahudi terletak di luar israel iaitu di amerika dan united kingdom..













Teruskan Membaca

Aku Blogger

by Zoul on 13 January 2009

Dari diari aku..

03 Jan : Aku dikenalkan dengan satu benda yang sebelum ini aku tak penah ambik peduli ia itu blog atau weblog..kawan aku yang kenalkan.

04 Jan : Aku mula menerjah blog2 yang ada di laman web...hei aku dah minat nak bukak blog lah. Tadi aku tengok ada blog yang betul2 boleh buat duit. Cam best jer...

15 Jan : Aku dah ada blog sendiri (blogger jer)..Aku nak isi blog ni macam yang aku dah plan.... mesti meletup punyalah.

30 Jan : Aku borinnnggg... plan tak jadi. Apa aku nak taip ni...Susah rupanya nak isi blog ni.

Teruskan Membaca

Akhirnya Israel Tumpas

by Zoul on 12 January 2009

"Berita terkini... Seorang rakyat Malaysia menjadi wira kebanggaan dunia Islam amnya dan rakyat Palestin khususnya bila beliau menjadi pencetus kepada tumbangnya rejim israel..." Itu di antara intipati berita terkini yang aku dengar melalui CNN. Aku tersenyum sendiri mendengar berita itu.."aku dah jadi pahlawan.." bisik aku.

Waktu ini aku sedang menghadiri persidangan negara-negara islam yang dihadiri ketua-ketua kerajaan bagi setiap negara. Aku telah dijemput khas bagi membincangkan isu pembangunan ekonomi negara-negara islam. Aku merupakan orang yang bertanggung jawab menyatukan semua negara-negara islam kembali kepada matlamat yang satu. Satu matlamat, iaitu "negara islam mesti berdikari". Aku tekankan begitu kerana penindasan yang berlaku terhadap umat islam dan negara islam adalah disebabkan kebergantungan negara-negara islam dengan negara barat atau sekutunya.

Dengan berdikari juga negara-negara islam telah berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan dari bidang ekonomi, astronomi, bioteknologi dan sebagainya hanya dengan menyatukan semua ilmuan dari negara islam dan hasilnya digunapakai oleh semua negara-negara islam dan barat.
Teruskan Membaca

Bila akal digusti WWE

by Zoul on 11 January 2009

Nama ku 'pusti'. Aku kucing kesayangan tuan aku, sehinggakan tempat tidurku diperbuat dari bantal empuk yang berisikan kekabu burung. Aku bebas ke sana dan kemari di dalam rumah atau pun di luar rumah tuan aku ini. Waktu pagi aku pergi ke bekerja bersama-sama rakan-rakan kucing ku yang lain. Aku bekerja demi mencari sesuap makanan untuk perutku. Namun begitu tuan aku tak pernah mengabaikan aku. Setiap pagi dan petang aku akan diberi makanan yang enak-enak belaka...

Balik dari bekerja aku akan berehat di depan rumah tuan aku atau aku akan bersembang dengan rakan-rakan aku. Ianya berlarutan hinggalah ke malam. AKu ada satu hobi yang aku sedar dari aku kecik sampailah aku dah besar panjang. Hobi aku... menonton TV. Tapi bukan semua rancangan yang aku minat, aku hanya suka menonton rancangan gusti dari WWE. Dahulu ia dipanggil WWF, tapi entah kenapa tiba-tiba mereka menukarkannya ke WWE.
Teruskan Membaca

Tips menjadikan anda kelihatan sibuk di ofis

by Zoul on 09 January 2009

Korang dah tak de keja atau kuat ngular.. ini ada tips utk korang supaya bos tak perasan semua tu..

1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh,
sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang
sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda..

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan
kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.
Teruskan Membaca

Pengalaman Menghadiri Majlis Gay

by Zoul on 06 January 2009

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut...

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

Teruskan Membaca

Surat Dari Setan Untuk Mu

by Zoul on 03 January 2009

Kehadapan manusia sahabat ku.

Wahai sahabat....

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ke tempat tidurmu...

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama...
Teruskan Membaca

Blog Links

by Zoul

Teruskan Membaca

who is link

by Zoul on 02 January 2009







Teruskan Membaca

by Zoul on 01 January 2009


Teruskan Membaca

Lawak Jepoon

by Zoul

Tengah boring-boring buat tiba-tiba member aku bagi email.. ni isi email dia...

"..Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak
asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita
berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni..."

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI...

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
Teruskan Membaca

Natural Viagra

by Zoul

THE stink of rotten eggs has the same affect on men as Viagra, scientists have discovered.

The pongy gas hydrogen sulphide plays a part in human erections.

The gas is released when eggs rot — and when people break wind. Researchers have found that tiny amounts of hydrogen sulphide are given off by nerve cells in a man’s penis to prepare it for intercourse.

It relaxes certain muscle cells, boosting blood flow and giving a better erection.

Now the bizarre finding could help doctors develop a more effective version of the impotency drug Viagra, which only works for two-thirds of men.

Teruskan Membaca