Komputer Mencarut

by Zoul on 28 February 2009

Hurmmmm.. sebenarnya aku dah tekena dua tiga kali dah.. aku melawat, diulangi melawat... bukannya meliwat blog rakan2 dan aku nak tinggalkan komen. Biasanya word verification akan diaktifkan untuk memfire spam.. ha.. nilah yang aku nak cakap tu.. penah sekali tu ayat yang keluar sebijik ayat mencarut.. aku tak de rasa apa pun, cuma terfikir sebenarnya ayat yang terpapar tu diorang kutip dari mana ek? Selalunya aku tengok perkataan dier mesti ada kena mengena dengan entry blog tu...

Teruskan Membaca

Berbillion Dollar Dengan Blogging

by Zoul on 26 February 2009

Hari ni aku nak berkongsi tentang seorang jutawan yang hanya bermula sebagai blogger... untuk inspirasi bersama.

Pada bulan Jun 2006 seorang anak muda telah mula berblog dengan tiga buah blog. Tapi antara ketiga-tiga blognya, hanya satu yang berjaya.. bukan sekadar berjaya tapi sangat berjaya. Nama anak muda tersebut ialah Alborz Fallah dari Australia dan nama blognya ialah CarAdvice.com.au. Dari nama blog pun kita tentu dapat agak pastinya berkisar tentang kereta. Pencapaiannya {pendapatan} memang menakjubkan walau hanya berblog selama dua tahun sahaja. Kini blognya merupakan diantara top ten traffic di australia dan meraih pendapatan berbillion dollar dari pengiklanan.

Teruskan Membaca

Chedet Saing Aku

by Zoul

Semalam aku menjenguk kat chedet.. aku baca chedet memperkatakan tentang situasi politik di perak. Ringkas dan padat isi entry chedet dan komen yang datang dah hampir 300 komen. Fuhh.. kalau jadi chedet jenuh aku nak baca komen yang lagi panjang dari entry tu. Memang tak dinafikan blog chedet ni memang terkenal {boleh dipanggil the most famous blogger di malaysia} disebabkan oleh siapa chedet itu sendiri... dan aku terfikir macamana agaknya orang macam aku nak jadi blogger terkenal macam chedet. Ada yang berpendapat blogger ini ada dua jalan yang perlu dilalui sebelum menjadi famous blogger..



























Teruskan Membaca

Aku Hangin Satu Badan

by Zoul on 25 February 2009

Grrrr... geram, menyampah... aku rasa macam nak aje aku campak laptop aku nih... {tapi sayang pulak} Sebenarnya dah 2-3 hari aku tak dapat nak melayari internet dengan sempurna... Mula-mula aku sangka PC aku buat hal... aku pun tukar lah ke laptop... Tapi buat hal jugak..
Bila dah keduanya buat hal dah tentulah disebabkan oleh 'strimiks' aku tuh...

Dulu aku guna broadband.. geduak semacam.. lalu cinta beralih arah balik ke 'strimiks'.. Rupanya ada masa dia pun sama geduak... Dahla aku punya blog template memang berat semacam bila loading harus lambat punya lah... So aku buat keputusan tukar template aku yang ringan sikit... rupanya sama gak... Aku tanya dengan member aku, dia kata dia tak de masalah bukak blog aku.. tapi aku ni.. tuan punya nyer pulak yang tak leh nak bukak...

Geram betul la... Dah la bila aku call 'srimiks' punya customer service, macam aku ni anak tiri.. bukan sebab diorang tu tak ramah.. atau garang.. tapi asyik buat janji palsu.. "baiklah encik, aduan encik telah kami terima dan usaha sedang dibuat... dalam pukul 4.00 petang ni encik dah boleh guna lah yer..." Dengar macam best jer.. Tapi bila tiba waktu... huwek... apa pon tarak..
Teruskan Membaca

Bahasa Melayu Dekat Pupus

by Zoul on 23 February 2009

{Sabtu lepas di KLIA} Pak.. pak.. ! Bisa bantu saya pak..? Tanya seorang pakcik yang aku rasa baru sampai dari Indon. Apa yang cina indon ni nak dari aku? {aku cakap dalam hati}. Begini, saya baru sampei dari Jakarta ya datang kemari mau ketemu sama temen dari jepang. Katanya dia menunggu saya di sini tapi tiba-tiba ada emergency nggak bisa kemari. Langsung saya udah ketemu bapak di sini, apa bisa bapak membantu saya? {dia panggil aku bapak... aduss dah tua sangat ke aku ni}. Rupa-rupanya pakcik tu sedang mencari rakannya yang tinggal di kawasan mewah di KL. Dengan tak kisah aku pun jelaskan cara untuk pergi ke tempat yang dituju. Sebenarnya aku rasa pelik, punyalah ramai indon ada kat situ, kenapa aku yang ditujunya...?

Ayuh pak kita minum duluan.. Dia ajak aku minum. Oleh kerana aku pun ada sedikit kelapangan, apa salahnya aku layan pakcik indon ni kejap. Kami berborak dengan bahasa itik serati dan angsa. Nasib baik aku takde masalah untuk memahami bahasa indon. Haaa... terlopong mulut aku bila pakcik tu beritahu sebenarnya dia bukan orang indon. Dia berasal dari jepun dan baru tinggal di indonesia selama 9 bulan. Dia kata kalau ke indonesia tanpa boleh bercakap dalam bahasa indon.. satu masalah besar. Dia belajar secara intensif di jepun dan sebulan di jakarta.

Teruskan Membaca

Gatal Lebih Sikit

by Zoul on 21 February 2009

Eh.. jantan tu pantang kalau tengok pompuan dahi licin... huh merenyam..! Lelaki ni bukan cukup sorang, kalau boleh dia nak pasang 10 orang sekali gus.. Playboy betul la dia tu.. hari ni pompuan lain... esok pompuan lain lagi... huh dasar buaya.. Antara perkataan 'manis' yang selalu dilemparkan kepada kaum adam.. Apa nak buat..huk huk

Kalau lelaki ada gelaran yang 'sedap-sedap'... apa gelaran yang kita nak bagi kat pompuan nih? Tengok foto kat bawah ni..

Teruskan Membaca

Dah Maju Pun Tak Guna

by Zoul on 19 February 2009

Beberapa orang remaja lelaki sedang mengerumuni sebuah komputer di cybercafe. Biasanya suara diorang ni riuh rendah, maklum lah cybercafe tu dah jadi macam rumah kedua diorang. Tapi entah kenapa hari ni diorang bercakap dengan nada yang agak berbisik. Namun, aku yang berada di PC yang bersebelahan masih dapat mendengar butir-butir perbualan diorang {sebenarnya aku ada kat situ sebab streamyx kat rumah aku ada problem}.

Cuba korang nilai apa yang diorang katakan ni...
{ayatnya bukan seratus-peratus tepat tau..}







Teruskan Membaca

Aku Tak Nak Kereta Proton

by Zoul on 17 February 2009

Ni kereta Proton MPV yang akan berada di jalan raya malaysia tak lama lagi. Harga yang aku diberitahu memang berbaloi. Nama dia ada nama pompuan sikit... Tak payah lah aku nak cerita panjang pasal asal usul atau identiti kereta ni.. aku rasa rata-rata orang malaysia dah tahu.. Salah satu kereta yang aku pakai sekarang ni adalah kereta proton. Aku memang menyokong slogan belilah barang tempatan...

Memandangkan kereta proton mpv ni pun akan berada depan mata kita tak lama lagi... kat sini aku mengimbas beberapa perkara yang melibatkan kualiti kereta keluaran proton yang telah lalu {yang aku ingat aje}. Bukan apa.. tujuan aku supaya proton tidak mengulangi perkara yang sama. Cuba kita tengok kereta mpv kat atas nih, dari segi rekabentuk luaran memang boleh dikatakan proton boleh berbangga lah.. maklumlah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang ada di pasaran, proton ni masih dikira budaklah {budak tua}.

Teruskan Membaca

Tubuh Wanita

by Zoul on 14 February 2009

Macam biasalah kalau dah dipanggil lelaki tu lelaki juga lah, tak sah tengok pompuan kalau tak tengok body dier.. hik hik {aku tak.. aku baik...} Selama ni aku tak tau yang bentuk body pompuan ni ada jenis dia rupanya. Apa yang aku tau biasanya aku panggil keding, mantap, sedap, debab, galah, rendang, sedang dan ader lagi kot.. Tapi selama ni aku tersilap rupanya.. bentuk tubuh pompuan ni ada nama type nyer sendiri. Jadi, mulai hari ni jangan korang nak gatal-gatal panggil jiran korang tu 'rendang' lagi eh... he he

Ok.. sekarang kalau korang nak cari aweks, korang nak yang bentuk tubuh macam sapa? Kalau macam Drew Barrymore bentuk tubuh dier dipanggil Apple.... atau yang lain ada lagi tengok jer kat bawah ni.. Jangan cakap la korang tak kisah bentuk tubuh awek korang... bohong kannn? Tapi, yang aku pelik pasal apa tak de yang dipanggil type durian ngan type tembikai eh...?

Untuk yang pompuan.. sekarang tengok cermin, korang punya macam sapa..? Lepas ni korang bolehlah ikut fesyen yang selebriti tu pakai... mesti ngam punya lah..

 Dah la tengok jer kat bawah ni...

Teruskan Membaca

Jantan Pilihan

by Zoul on 13 February 2009

Perempuan pilih lelaki yang macamana...?

orang kata: perempuan tak cari lelaki yang kacak jer
aku kata: memang perempuan tak cari lelaki yang kacak aje, tapi diorang cari lelaki yang dia tak rasa malu bila bersama (kalau boleh dia rasa bangga bila bersama..)

orang kata: perempuan tak mencari lelaki yang perwatakannya menarik jer.
aku kata: kalau dah lelaki tu menarik... nanti hilang pulak dia punya daya penarik bila bersama (nanti orang kutuk dia tak sepadan lah tu..)

orang kata: perempuan tak suka sangat lelaki yang terlalu berfesyen (up-to date)
aku kata: perempuan suka lelaki yang nampak berpenampilan bijak (smart) kalau dah berfesyen sangat nanti dia tak de chance nak beli tudung baru, kasut baru, handbag baru....

Teruskan Membaca

Tanah Melayu Dah Kena Jual

by Zoul on 11 February 2009

Satu hari pada tahun 1921.


Di sebuah surau, seorang lelaki sedang berbincang bersama beberapa orang sahabat untuk bersama-sama meneroka hutan berdekatan untuk dijadikan kawasan untuk bercucuk tanam. Selepas dipersetujui bersama maka mereka yang seramai lima orang pun memulakan kerja membersihkan hutan. Dengan hanya berbekalkan parang dan kapak mereka bertungkus lumus menebang pokok-pokok hutan yang kebanyakannya sebesar dua hingga tiga pemeluk itu. Pada suatu hari tanpa disedari seekor pak belang sedang memerhatikan juadah tengaharinya yang seramai lima orang dan tanpa membuang masa ia telah menerkam salah seorang dari mereka.



Teruskan Membaca

Gay Dan Lesbian, Mana Yang Best

by Zoul on 10 February 2009

Apa dah jadi dengan dunia hari ini. Kalau dulu bila kata lesbian atau gay aku terbayang muka-muka mat saleh atau minah saleh. Tapi sekarang bukan lagi putih yang terbayang, dah ada macam-macam kaler. Kalau kaler tu hitam berkilat, kira ok lagi lah, tapi sekarang ni kaler yang terbayang dah sama kaler dengan aku yang tak berapa putih ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Adakah semua ini hasil wujudnya dunia tanpa sempadan atau sebab orang dah tak tengok badan.

Aku sendiri pernah terlihat dua gadis ayu berjalan berpegang tangan sambil berborak. Serta merta fikiran aku menjadi negatif... Kalau dulu bila orang nampak benda macam ni, takkan jadi hal punya. Biasalah pompuan dengan pompuan 'boleh buat apa..'. Kalau sekarang ni, jangan lah cuba buat memang korang akan kena cop lesbian punya lah. Sebenarnya tak salah kalau pompuan rapat dengan pompuan. Korang nak berpeluk pun boleh asalkan korang memang 'genuine' pompuan. Takkan ada rasa apa-apa kan..?

Tapi macamana boleh berlaku dan berleluasanya lesbian kat malaysia ni. Aku rasa pelik betulla... Dah tak cukup lelaki ke kat sini. Atau lelaki kat malaysia ni dah tak 'best'. Kalau gay tu mungkin aku tau la sebabnya.. Sebabnya diorang belajar dengan mat-mat bangla yang selalu berjalan berpegang tangan. Romantik ooiii...
Teruskan Membaca

Isi Perut Handphone Korang

by Zoul

Dua benda yang mesti aku tatap dan pegang setiap hari, handphone dan laptop. Sehari kalau aku tertinggal salah satu, aku rasa macam ada 'something wrong' jer. Macamana pun mesti nak ada punya.. kadang-kadang tu aku tengok handphone cuma nak tengok jam jer. Mengada betul.. jam tangan ader tapi tengok gak kat handphone.. prrgg. Eh apa fungsi handphone har? Betul ke gunanya untuk bertalipon ngan sms jer selain dari untuk bergaya.

Ok.. sekarang kita pegang dan tengok handphone masing-masing, cuba check apa yang ada dalam handphone kita. Jangan cakap eksesorinya la.. kalau yang pompuan tu kadangkala key chain pun digantungkannya sekali... Kita activate dan tengok skrinnya, ada gambar siapa? Gambar korang, gambar awex, gambar aboy, gambar pasangan, gambar anak atau mungkin gambar kucing.. tapi yang pasti gambar yang peribadi kot. Lepas tu check gambar dalam simpanan handphone korang.. gambar siapa? Rasanya tentu yang ada kena mengena dengan peribadi kan.. Takkan korang simpan gambar boss atau guru disiplin sekolah korang?

Teruskan Membaca

Blogger Template

by Zoul on 09 February 2009

Setiap hari aku akan dihujani dengan email yang bertanyakan tentang template blogger dari kengkawan. Insyaallah aku akan jawab satu persatu mana yang aku tau. Mana-mana yang aku tak tau atau belum tau aku akan link kan jawapan pada mana-mana blog atau web yang berkaitan soalan yang diberi melalui email.

Diantara soalan yang aku terima:

S: Kenapa aku selalu tukar-tukar template?
J: Sebenarnya aku tak tukar template, maksud aku platform tempatenya masih sama tapi aku cuma tukar latar belakang, header dan posisi sidebar. Lagi satu aku nak beritahu yang aku ni mudah jemu dengan paras rupa template aku jadi aku edit sikit-sikit la rupa dia. Sebenarnya tak lah sesusah mana kalau nak menukar paras rupa template atau theme blogger blog ni. Asalkan ia tak mengubah skrip bagi posisi sidebar, main dan footer.

Teruskan Membaca

Best Blogger

by Zoul

Kat bawah nia ada foto blogger yang memang makan blog, minum blog, tidur blog... sampai badan pun blog... Ada ke sesapa kat sini yang berani nak celen diorang ni hah.. aku rasa dari taun 2005 sampai la ni... tak de sapa yang boleh celen la....

Tapi kalau korang nak blog korang jadi femes... buat macam yang kat foto yang last tu... jgn kasi kuning ha.... hik hik























Teruskan Membaca

Jadi Kaya Dengan RM200

by Zoul on 07 February 2009

Ekonomi malaysia meleset... ramai yang jadi penganggur. Ramai orang seluruh dunia sedang menghadapi masalh ini. Di negara kita juga tidak ketinggalan dan kalau kita peka dengan keadaan ini kita akan sedar bahawa ramai pekerja di malaysia telah menjadi 'bekas pekerja'. Walaupun kesannya setakat ini tidak begitu meluas dan ramai yang belum terkena tempiasnya, kita tetap perlu berhati-hati terutamanya dari segi kawalan kewangan kita.

Ada diantara kawan-kawan aku yang dah dibuang kerja dan jadi penganggur sekarang ini. Terutamanya mereka yang sebelum ini bekerja di syarikat yang berasaskan elektronik. Jadi apa yang boleh mereka lakukan bagi meneruskan kehidupan mereka? Untuk mendapatkan pekerjaan baru pada masa ini agak mustahil. Aku yakin ada ramai lagi yang senasib dengan kawan-kawan aku ini. Apa yang boleh aku katakan, kita tetap perlu berusaha dan jangan patah semangat... ada banyak cara lain untuk kita meneruskan kehidupan kita.

Mungkin kisah seterusnya ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang terlibat bagi memulakan sesuatu yang baru. Kalau kita ingat lagi negara kita pernah mengalami masalah ekonomi yang meruncing sebelum ini. Pada waktu itu ada lima orang kenalan aku telah mengalami nasib yang kurang baik apabila mereka ini telah dibuang kerja. Tetapi untuk kali ini aku akan hanya tuliskan kisah salah seorang dari mereka dahulu. Kalau ada ruang, mungkin aku akan tuliskan yang lainnya pula.

Ok.. nama kenalan aku ni aku panggil bang ngah (Nama sebenar aku tak nak tulis sebab tak dapat kebenaran dari tuan punya badan). Sebelum ini bang ngah bekerja di sebuah kilang elektronik yang besar di Shah Alam. Waktu kemelesetan ekonomi berlaku dia baru bekerja lebih kurang dua tahun di syarikat tersebut.
Teruskan Membaca

Teknik sentuh usap dan urut

by Zoul on 03 February 2009

Tips buat 'sidia' bahagia {buat langkah demi langkah}

1-Usap dibelakang telinga kanan, ini akan memberikan 'sidia' perasaan yang tidak berbelah bagi.

2-Gosok keseluruhan telinga - sedikit cuitan di sekitar lubang telinga akan memberikan keseronokan buat 'sidia'.

3-Usap bahagian kepala {macam kurang ajor jer}

4-Teruskan kebahagian telinga kiri pula

5-Usap dibahagian sebelah kanan muka 'sidia'

6-Usap dibawah dagunya.

7-Usap pula dibahagian sebelah kiri muka 'sidia'

{Perhatikan 'sidia' akan mula 'cair'}

8-Usap lagi telinga nya... perlahan-lahan {mesti mengerang punya..}

9-Kembali mengusap bahagian atas kepalanya.

10-Posisi berbaring, usap secara berterusan dan perlahan dari belakang kepala hingga keseluruhan belakang badan.. {fuhh...}

11-Usap bahagian belakang badannya sahaja selama beberapa kali dan dengan tangan yang terbuka supaya dapat dirasai seluruh tubuh.

12-Usap pula di bahagian belakang tubuh sehingga atas tongkeng (punggung).

13-Usap bahagian atas punggung beberapa kali {dengan tangan tau}.

14-Sekarang 'sidia tentu dah 'cair' punya..

15-Jika 'sidia' masih berbaring, pastikan 'sidia' dekat dengan mu dan usap bahagian kaki perlahan-lahan {mula dengan kanan kemudian kiri}

16-Usap lah dimana-mana bahagian melainkan perut kerana ini akan menaikkan nafsunya dan biasanya 'sidia' akan teringin untuk 'bermain'.

17-Sekarang 'sidia' takkan meninggalkan kamu... seterusnya...
Teruskan Membaca

Untuk Siapa kah Menu ni

by Zoul on 01 February 2009

Hari Sabtu lepas aku pegi ke Tanjung Malim.. ada sikit urusan keje. Sampai aje kat sebuah Pusat Pengajian yang ada kat situ, aku rasa macam ada bubble plak perut aku ni. Aku pun singgah lah kat sebuah restoran yang ada dekat situ. Aku order air ngan roti canai.. sambil tu borak ngan member. Tengah borak-borak tu aku terpandang menu yang dilekat pada dinding depan aku. Sekali aku baca.. tergelak besor aku ngan kengkawan aku.

Korang tau pasal apa aku gelak... korang tengok menu ni...
Teruskan Membaca