Apahal Contest Aku Tak Laku

by Zoul on 30 April 2009

Aku percaya anda mesti selalu terjumpa blog-blog yang mengadakan pertandingan atau contest. Kalau hadiahnya best atau contestnya best.. aku rasa anda memang tak lepaskan peluang punya. Tetapi.. perasan tak, dalam banyak-banyak blog yang mengadakan contest bukan semuanya mendapat sambutan. Ada yang disertai oleh para pengunjung dengan meriah sekali manakala ada yang sebaliknya.. kenapa ini berlaku? Adakah disebabkan oleh hadiah yang ditawarkan atau contest tersebut kurang menarik.
Ada juga rakan blogger yang berpendapat bahawa mengadakan contest ini cuma membuang wang dan waktu sahaja. Sebenarnya pendapat ini kurang tepat, jika anda adalah blogger yang mahukan traffic atau pengunjung yang tinggi ke blog anda salah satu cara yang disarankan adalah dengan mengadakan contest. Ini kerana jika contest tersebut dilakukan dengan cara yang terbaik blog anda akan:

1- Menghasilkan traffic dan backlink

2- Membina dan mengembangkan komuniti serta pembaca blog anda

3- Anda akan lebih rapat dengan pengunjung atau pembaca blog anda

Itu jika contest anda berjaya.. bagaimana pula jika sebaliknya? Baik, untuk memulakan pertandingan atau contest juga tidak boleh dilakukan secara membabi buta (orang buat contest aku pun nak juga...). Ia hendaklah dirancang dengan baik walaupun tidak perlu terlalu teliti. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum melancarkan contest anda:

Teruskan Membaca

Link Teks Jadi Pelangi

by Zoul on 27 April 2009

Hari ni aku tak sibuk sangat jadi ada masa untuk buat dua benda..

Pertama:

Kalau korang hoverkan cursor ke atas teks yang ada link (pautan) pada blog ini, serta merta warnanya akan berubah-ubah mengikut warna pelangi..

Sila lalukan cursor pada ayat contoh ini : NAZZ COOL!

Kalau korang nak buat, aku rasa ini lah yang paling senang sekali

1-Untuk langkah-langkah mengedit template klik SINI.

2-Kemudian cari kod ini </head>

3-Tambahkan kod ini di atas kod tadi

<script src='http://www.geocities.com/cuitnazz/rainbowlinks.js'/>

4-Savekan template

Sekarang semua teks yang ada link atau pautan akan berubah warna bila cursor dihoverkan ke atasnya..

Kedua:

Teruskan Membaca

Sakit Kepala... Tension

by Zoul on 25 April 2009

"Maaf buat pembaca semua.. aku tak ada idea lah"... "Entri mengarut ini terpaksa aku postkan kerana aku dah kehilangan semua daya ingatan untuk menulis entri.." "Sila hayati lagu yang paling aku suka ini.. aku ada sediakan sekali senikatanya.." maaf kerana aku tengah tak ada mood nak menulis entry...

Pernah tak anda terbaca entry yang sebegitu di dalam mana-mana blog? Memang tak dinafikan kadangkala mood kita untuk berblog tengah melonjak-lonjak tetapi.. tetiba idea pulak blurrr.. Apa yang perlu kita buat? Adakah kita akan post sahaja apa pun? Atau kita perlu tunggu kepala dah clear baru post kan sesuatu? Ingat walau apa yang sedang kita hadapi, pembaca blog kita tetap mengharapkan sesuatu untuk memuaskan nafsu mereka untuk membaca blog. Jadi apa keputusan yang terbaik perlu kita buat? Katakan lah kebetulannya blog kita pulak dah berminggu tak di update...

Ingat tak waktu mula-mula berblog dulu.. kadangkala satu hari kita boleh postkan entry sehingga tiga hingga empat post.. macam dah tak dan-dan lagi tu. Tetapi bila dah 'berumur' dalam berblog, nak buat satu entry pun kene hantuk kepala kat dinding baru keluar... itu pun separuh jer. Itulah kesilapan kita yang pertama dalam berblog. Sepatutnya kita kena bijak menjadualkan post entry kita.. rancangkan untuk postkan entry sehari sekali atau dua hari sekali.. Bila idea tengah melonjak tu... taip dan simpan kan dulu dan setkan tarikh untuk publish. Kalau kita tak buat begitu, ada kemungkinan kita akan terlupa kandungan yang kita terfikir tadi..."alamak terlupa pulak... tadi ada kat kepala dah.. aduhh"

Ok apa kata mulai dari sekarang kita rancangkan apa entri kita.. itu kalau kita ada idea, macamana kalau kita dah blurr...? Mungkin idea di bawah ini boleh membantu..

Teruskan Membaca

Grrr Baca Nak, Komen Tak Nak!

by Zoul on 24 April 2009

Aku nak berhenti berblog ni..! korang pun macam tak support aku.. kalau dah baca entry aku tu, komenlah.. sedap tak sedap pun komenlah.. Antara ayat yang terkandung dalam entry blogger yang kecewa dengan pengunjung blognya. Kenapa kita nak orang datang dan komen blog kita? Pada mereka yang sekadar berblog untuk "syok sendiri", perkara ini tidak akan timbul. "Kalau orang nak baca blog aku bacalah.. tak nak pun tak apa.." "blog aku.. aku punya sukalah apa yang aku nak tulis.."
Tetapi bagi blogger yang punya perancangan dengan blognya, tentu ini amat mengecewakan.. Perancangan mungkin bermaksud blogger tersebut mungkin ingin menjadikan blognya sebagai salah satu sumber pendapatannya. Tetapi sebelum kita merasa kecewa, adakah kita sudah melakukan yang terbaik atau apa yang perlu bagi memastikan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan? Jika yang merasa kecewa itu adalah blogger baru.. bagi aku itu tidak sepatutnya berlaku. Kita kena berusaha lebih keras lagi.. cuba perhatikan blogger yang telah berjaya.. adakah mereka mengambil masa yang singkat untuk berjaya? fikirkan ya..
Ada beberapa cara yang digunakan oleh blogger dari awal sehingga sekarang untuk menarik pengunjung dan seterusnya meninggalkan komen pada blog mereka. Ada yang menggunakan RM sebagai umpan untuk menarik pengunjung. Ada yang menggunakan entry yang kontroversi dan ada juga yang menggunakan perbezaan lelaki dan wanita sebagai kandungan cerita ceriti blog mereka. Walau apa pun kaedah yang digunakan, nampaknya mereka berjaya dalam usaha mereka itu.
Namun bukan semua blogger boleh menggunakan kaedah yang sebegitu.. jadi apa cara lain yang ada? Contohnya blog ini, blog yang masih muda dan tak punya pengunjung yang ramai.. jadi apa yang patut aku buat? mungkin cara yang di bawah ini boleh membantu..

Teruskan Membaca

Melayu Maya

by Zoul on 21 April 2009

Diari seorang jejaka melayu pada tahun 2021..

Nov 2020: Aku tengah melayan YM.. tiba knock-knock! hei ID sapa ni? Nak chat dengan aku.. aku no hal..access granted. Seorang gadis yang mengaku secret admire.. dah lama dia kenal aku di Friendster dan Facebook. tapi baru hari berani direct chat kat aku... meira nama dia..

Nov 2020: Aku tengah syok kat meira.. setiap hari YM dia atau aku Google jer dia. Dia kata dia tinggal di Putrajaya.. aku search google map... nampak bumbung rumah dia.. jadilah

Dec 2020: Miera jadi pengunjung tetap blog aku.. macam-macam komen yang ditinggalkan nya.. tapi paling kerap kat shout box.. hai buchuk.. itu ID dia.

Dec 2020: Pertama kali tengok wajah miera.. itupun kat 3G jer. boleh tahan comey..

Dec 2020: Terima sms SOS dari miera.. mintak tolong cepat pinang dia.. mak bapak dia nak kawinkan dia dengan taukey cyber cafe.. aku kata set aja.

Dec 2020: Aku pinang miera.. mak bapak aku pinang miera guna video conference.. cincin aku hantar guna fedex.. Yes pinangan ku diterima.. TQ TQ to miera's parent.

Jan 2021: Setiap hari aku video chat dengan miera.. best, dia manja.

Feb 2021: Hari Raya.. aku hantar kad raya kat miera.. dia suka.. tak sia-sia aku email kad raya tu..
miera mintak duit raya.. aku transfer kat akaun paypal dia USD200.00.

Teruskan Membaca

TOP 100 Blogger

by Zoul on 20 April 2009

Cuba tengok senarai Top 100 Blog (dunia) dan platform yang digunakan...Aku nak melawat diorang lepastu aku nak cilok ilmu dari diorang dan lepastu aku nak tersenarai dalam top 100 juga.. isk isk isk tak habis-habis berangan.. { hu hu hu cuma 3 yang gunakan Blogger macam aku}

Teruskan Membaca

My Blog Now Pagerank 8

by Zoul on 19 April 2009

Hu hu jangan tertipu dengan tajuk entry ni.. sebenarnya tajuk ni banyak kita boleh jumpa bila kita search di internet. Soalannya, kenapa begitu penting sehingga blogger akan mewar-warkan pagerank blog dia? Pada mereka yang sekadar bermain dengan blog untuk suka-suka perkara ini tidak begitu penting tetapi, jika anda merupakan blogger yang mencari extra income dengan blog.. memang ini yang dicari.. tetapi kenapa?

Ok ini sebabnya.. sebenarnya jika kita mahukan duit lebih tanpa perlu bersusah payah menyertai affiliate program, meletakkan iklan seperti Google Adsense, Advertlets, Nuffnang dan sebagainya anda cuma perlu buat dua perkara ini (boleh buat kedua-duanya atau salah satu sahaja)

1) Usahakan agar blog kita mencapai Pagerank 6 dan ke atas.
2) Usahakan agar traffic blog kita mencecah ribuan sehari.

Apa sebab? Jika blog kita mencecah PR6 dan ke atas:
1) Kita boleh promosikan Pagerank blog kita dan pengiklan akan menghubungi anda untuk meletakkan iklan disite atau blog anda (harga iklan anda yang tentukan) Biasanya bernilai sekitar USD300.00 hingga USD3000.00 seminggu.

Teruskan Membaca

Comment Form Di Bawah Posting

by Zoul

Entry kali ni adalah untuk membantu seorang rakan kita yang ada masalah dengan comment formnya.
Kita minat sangat dengan template yang ada di laman web lepastu kita download dan kita upload untuk gantikan template yang kita sedang guna. Selepas itu baru kita perasan comment form yang digunakan adalah jenis yang lama. Bermakna pembaca yang hendak meninggalkan komen perlu klik dan comment form akan muncul pada page yang lain. Ah tak suka cara yang ni.. ni cara yang lama. Macamana ni.. takkan nak tukar kepada template yang baru lagi? Kita dah cuba ikut cara yang ada kat blog kengkawan tetapi masih tak berjaya.. Ada tak cara yang lain?
Sebenarnya kalau kita nak cari template Blogger ni kita kena pastikan comment form yang digunakan adakah yang lama atau yang baru. Kalau kita memang tak kisah, itu tak jadi masalah..
Untuk template yang baru... comment formnya memang sedia ada di bawah posting, tetapi untuk template yang lama tetapi kita nakkan comment form yang jenis baru (di bawah posting) ada beberapa 'kerja' yang perlu di buat. Kalau kita search di internet pun ada banyak rakan-rakan blogger yang menerangkan cara-cara untuk menggantikan comment form yang lama kepada yang di bawah posting. Tetapi jika kita malas nak buat sebab banyak sangat step yang kena buat atau malas nak godek kod template... gunakan saja cara yang paling ringkas ni...

Teruskan Membaca

Irfan Khairi - Bisnes Berapi

by Zoul on 18 April 2009

Irfan Khairi... tentu korang kenal dengan Irfan Khairi kan.. Dia ni memang selalu buat panas kat Malaysia ni.. bukan buat panas dengan skandal la tetapi buat panas dengan program-program usahawan dan jutawan dia tu.

Ada sesiapa yang nak jadi usahawan dan jutawan macam Irfan? Korang boleh sertai SEMINAR BISNES BERAPI seperti yang Irfan umumkan pada 13 April yang lalu.



Seminar ini adalah gandingan dua orang jutawan panas (jadi jutawan sebelum 30 tahun) iaitu Irfan Khairi dan Abang Abu..
Teruskan Membaca

Hai Boss Dengar Aku Nak Cakap (18 SXG)

by Zoul on 16 April 2009

Pernah tak korang masuk mana-mana tandas lepas tu jumpa puisi, pantun, cerpen dan karikatur yang terpampang pada dinding dan pintu tandas? Kalau korang pernah jumpa, itu tandanya dah sah memang korang masih lagi berada di Malaysia.. hi hi. Aku sendiri selalu terjumpa luahan perasaan, perasan dan kelucahan di dalam tandas. Sehinggalah siang tadi pun aku masih jumpa, kali ini luahan hati seorang pekerja buat bossnya. Aku cuba snap photo tapi gambar tak clear sebab dinding tandas tu dari marmar jadi berkilat. Anyway diantara isinya

Cilaker punya bos(ia)

Lu sial memang diantara orang yang paling bangang yang belum penah gua jumpa.. hati busuk mengalahkan hati babi yang diorang buang kat dalam kolam taik. Tiap hari apa yang lu tau bebel bebel bebel jer. Apa lu ingat suara lu tu merdu peke hah? suara lu tu kalau kalau nak bandingkan dengan kentut david becham lagi sedanp kentut dia to. Telinga gua ni kalau doktor check gerenti gegendangnya dah kene virus ibola sebab selalu dengar lu bebel tau tak.. Tak bolehke pagi tu kalau sampai je tempat keje terus aje baca yassin ker, nasyid ker tak pun nyanyilah lagu keroncong. Ini tak bebel bebel bebel aje..
Teruskan Membaca

Award Dari Cik Angah

by Zoul


Terima kasih buat rakan Blogger kita Cik Angah kerana sudi menganugerahkan award di atas. Sebenarnya aku terima ni pada 13.04.09 yang lalu tetapi... aku segan nak letakkan di sini. Bukan.. bukannya aku tak hargai pemberian Cik Angah ni, tetapi aku malu nak paparkan. Bukan, bukan sebab tak cantik ker, tak comel ker atau apa saja yang negatif. Sebenarnya aku suka, sebab warna kegemaran aku memang hitam dan putih... hitam itu menawan... kan kan kan. Terima kasih sekali lagi buat Cik Angah... Oklah biar aku terus terang.. aku malu nak postkan sebab aku sendiri jaaaaarrrrnnnngggg sangat menjenguk Cik Angah ni, tu yang buat aku segan dan malu.. aku ni kan ..pemalu ...uwek...uwek...uwek

Anyway... terima kasih banyak-banyak ya Cik Angah...
Teruskan Membaca

Foto Blog Admin Di Atas Kekotak Komentar

by Zoul on 13 April 2009

Kita selalu lihat dibahagian atas kotak komen biasanya blogger akan membiarkannya kosong atau diletakkan teks beserta latarbelakang (background color). Kali ini aku nak kita tonjolkan sikit paras rupa kita pada pengunjung.. (sebenarnya foto apa pun boleh)
Ini contohnya pada blog ini:




Minta maaf ya.. gambar kurang jelas, tapi cuba klik manalah tau dia boleh jadi jelas ke...
Baik, apa yang aku letakkan pada bahagian atas kekotak komen adalah foto, teks yang meminta pengunjung meninggalkan komen dan link RSS subscribe untuk blog ini.

Cara untuk meletakkannya adalah begini:

1- Login ke Blogger --> Layout --> Tanda centang pada expand widget templates




Teruskan Membaca

Gempar.. tiada internet untuk 10 tahun

by Zoul on 12 April 2009

Baca berita yang baru disebarkan
"Satu gempa bumi yang kuat telah melanda sebahagian besar lautan pasifik hari ini. Di samping itu juga puting beliung juga telah mula menerjah beberapa kawasan di Amerika Utara dan Selatan dan dijangka akan menyebabkan beberapa puting beliung yang agak kecil saiznya akan melanda beberapa bahagian dunia. Di Asia, susulan dari kejadian itu telah mula menunjukkan perubahan iklim. Kesan dari kejadian tersebut kabel telekomunikasi diseluruh dunia telah terjejas teruk dan dijangka akan mengambil masa 10 tahun untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu juga talian internet tidak akan dapat beroperasi selama itu juga..."


Gambar H
iasan Jer


Bertenang... itu cuma olok-olok aja.. aku cuma bayangkan kalau itu yang berlaku dan benar-benar talian telefon dan internet terputus hubungan. Apa yang akan aku buat ya? Tiada internet bermakna tiada Blogger atau Wordpress. Mesti boring gila tahap gaban punya lah.. Nak YM member pun tak boleh, nak calling-calling atau SMS dah tak ada harapan. Apa aku nak buat ni? Aku kena belajar dengan eira macamana nak buat diari manual ni..
Teruskan Membaca

Shout Box Tak Guna (Bah 2)

by Zoul on 11 April 2009

Apa ni lagi-lagi pasal shout box, dah tak ada tajuk lain ke? Agaknya tu lah yang korang fikirkan.. Sebenarnya sejak dari mula aku berkecimpung dalam bidang 'duduk dan mengadap monitor' ni aku selalu memerhatikan shout box blog kawan-kawan. Ada pro dan kontranya.. Ada satu ketika aku dapat sikit duit dengan klik pada iklan yang diletakkan pada shout box. Maksud aku, bukan klik aja dapat duit tetapi itu merupakan salah satu jalan untuk buat duit. Sebab itu shout box itu masih lagi digunakan sebagai salah satu 'marketing strategy' oleh mereka yang menjalankan online business. Ok lah tu kan... tapi yang tak bestnya...SPAAAMMMM..

Aku ada satu cerita yang aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai lucu atau menarik atau apa-apa lah. Ini tentang seorang sahabat aku yang baru nak berjinak-jinak dengan berblog (kira-kira setahun setengah yang lalu). Aku gelarkan dia ni mat tunduk... sebab kalau dia dah baca buku atau sedang buat apa-apa.. dia akan tunduk tak toleh kiri-kanan lagilah. Senang cerita orang yang tekun bila buat apa-apa pun. Begitu jugalah dengan berblog ni. Sebelum dia pegang PC dia dah berulang berjumpa dengan kawan-kawan bertanya itu dan ini tentang blog.

Teruskan Membaca

Automatic Update Recent Posts Ke Twitter

by Zoul on 10 April 2009

Ha ha.. pertama kali aku bercakap pasal Twitter ni.. Biasanya setiap kali kita update blog, kita akan maklumkan pada follower twitter kita, tapi bayangkan kalau kita ada 5 blog.. jenuh nak update satu persatu recent post blog kita. Tapi itu boleh diatasi dengan menggunakan Twitterfeed. Caranya:

1-Mula-mula kena pastikan kita ada akaun Twitter lah (ha ha ha)
2-Masuk ke Twitterfeed dan login dengan sebarang akaun OpenID


















3-Masuk ke Create New Feed

4-Sekarang masukkan maklumat yang diminta. Beri username dan password dan untuk ruangan RSS Feed, masukkan feed URL blog anda seperti ini:

Teruskan Membaca

Snapshot Untuk Blogger

by Zoul on 08 April 2009

Apa pulak snapshot ni? Snapshot ni tujuannya untuk mendapat gambaran awal website atau blog sebelum kita klik pada link tersebut. Contohnya seperti foto di bawah ini:



Kalau korang hoverkan cursor pada link yang ada pautan pada mana-mana site maka rupa site tersebut akan terpapar. Kalau korang berminat, cara seperti ini

1-Lgin ke Blogger --> Layout

2-Cari kod ini %lt;body>

3-Letakkan kod ini di bawahnya

<script language="javascript" src="http://thumbnails.iwebtool.com/src.js?border=004891" type="text/javascript"></script>

4-Savekan template korang

Nota: Ada sesetengah laman web atau blog yang tidak akan atau lambat terpapar..

Selamat mencuba

Teruskan Membaca

Free Blogger Templates (Bah 1)

by Zoul

Ada sesiapa yang nak tukar template tetapi kebanyakan yang ada tu semua template lama? Nah di bawah ni ada aku senaraikan diantara Blogger template yang baru.. Korang bolehlah preview dulu kalau berkenan download lah yer..












Demo
Download














Demo
Download















Demo
Download


Teruskan Membaca

Kecik-Kecik Tak Nak Mampus

by Zoul on 06 April 2009

Ini kisah benar yang baru berlaku...

Siapa lelaki itu? Itu yang bermain di dalam fikiran aku. Apa kerjanya? Mesti kerjanya best punya lah... Itu yang aku fikirkan tentang seorang lelaki yang kerap terserempak dengan aku sewaktu aku dalam perjalanan ke office. Aku naik kereta cabuk dia pula naik BMW 7 Series warna hitam lagi. Aku tak kenal siapa dia tu...

Ada juga aku bertanya pada rakan-rakan.. masing-masing tahu dan pernah nampak lelaki itu, tetapi tak ada siapa yang mengenalinya. Macam-macam andaian yang kami buat (mengumpat lah tu). Aku rasa lelaki tu mesti bisnesman punya lah atau paling tidak pun dia tentu berjawatan tinggi. Ada sekali dua aku ternampak dia minum di kedai kopi... berseorangan saja. Kenapa dia tak ada kawan ya?

Cara pakaian.. memang hebat. Kalah datuk-datuk punya dressing. Aku ada dengar cerita, kalau dia minum di satu-satu kedai kopi.. habis semua dibelanjanya. Wah banyak duit dia ni. Dah jadi perangai aku, kalau aku berminat dengan satu-satu perkara aku akan cuba mendalaminya. Jadi aku merancang untuk 'terserempak' dengannya di kedai kopi. Yes..! aku berjaya.

Teruskan Membaca

Aksesori di Post Footer

by Zoul on 04 April 2009

Aku rasa ini antara post yang paling pendek...
Bagi menjawab soalan dari Nine tentang bagaimana meletakkan aksesori di post footer. Kita boleh meletakkan apa pun di post footer atau bahagian bawah posting. Samada iklan, pemberitahuan, link, teks atau apa pun yang anda rasa perlu dan sesuai. Di blog ini aku letakkan Technorati dan Negaraku button.

Untuk meletakkannya mudah saja..

1-Login ke Blogger --> Layout -->Tanda centang pada Expand Widget Templates
2-Cari kod ini
</label><div style=""> <!-- clear for photos floats -->

Tak jauh di bawah kita akan jumpa kod (atau kita boleh terus cari kod ini)

<div class='post-footer'>

3-Letakkan apa yang kita nak ia muncul di post footer, betul-betul di atas kod <div class='post-footer'> tadi

4-Preview dan save kalau kita dah puas hati..

Selamat mencuba...
Teruskan Membaca

Gus Dur murtad

by Zoul on 03 April 2009

Sahih ker berita ni..?


Teruskan Membaca

Melampau

by Zoul on 02 April 2009

Aku tak tau apa jenis aku nak panggil video ni.. Lawak ke.. atau .....
Terserahlah pada persepsi masing-masing.....


Teruskan Membaca

Buat Duit Online

by Zoul

Ini untuk kengkawan yang buat duit secara online.. aku tahu ada beribu penyedia perkhidmatan buat duit secara online ni. Terserah kepada anda untuk memilih yang mana benar-benar memberi pulangan atau yang mana benar-benar penipu.. Tetapi dari pemerhatian aku.. yang dibawah ni merupakan diantara yang boleh dipercayai.. tetapi kekurangannya adalah... biasanya...diulangi... biasanya mereka lebih memilih blog yang berbahasa inggeris..


Teruskan Membaca

Jom Edit Gambar

by Zoul

Korang suka mengedit foto? Korang nak buat lawak dengan foto atau gambar? Atau korang nak berlagak sikit dengan foto korang? kalau yer.. silakan kunjungi laman-laman di bawah ini.. (semua percuma dan secara online).

1.PhotoFunia




Teruskan Membaca

Susu Yang Paling Lelaki Suka

by Zoul

Susu brand apa yang korang minum? Kalau permpuan aku percaya.. memang korang ni rajin dalam bab jaga badan ni. Jadi memacam jenis susu yang korang minum kan.. Tetapi.. aku rasa lelaki ni kureng sikit dalam bab minum susu ni.. ada takde pun susu dalam teh tarik ada la..

Tapi tak apa.. lepas ni aku gerenti ramai lelaki suka minum susu.. tak percaya tengok ni..

Teruskan Membaca

Recent Posts With Thumbnail

by Zoul

Mintak maaf lah buat Chekgu Banihassim sebab lambat reply.. Sebenarnya chekgu ada tanya tentang recent post yang ada thumbnail macam yg ada kat blog ni..


























Kalau anda interested untuk meletakkan recent post with thumbnail ni pada sidebar.. ini kodnya

Teruskan Membaca