Penggunaan Blog Mungkin Akan Disekat

by Zoul on 29 January 2010

Edisi: aku dah bengang

Dunia tahu sekarang ini sedang berlaku pergolakan yang belum berkesudahan diantara kerajaan China dan Google. Semuanya gara-gara penyalahgunaan Gmail oleh rakyat China. Disebabkan oleh tindakan kerajaan China, Google bercadang untuk menghentikan perkhidmatannya di China.

China juga telah pun menyekat penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu, semuanya bertujuan untuk mengelakkan penentangan dikalangan rakyatnya dengan menggunakan media yang berasaskan internet. Begitu tegasnya negara China menangani masalah yang dianggap penyalahgunaan internet.

Bagaimana dengan negara kita?...
Teruskan Membaca

Kawan Aku Kena Sawan

by Zoul

"kah..kah..kah!!!" aku dan kawan-kawan aku gelak besar
Waktu itu kami sedang berlibur (berkaraoke lah) di sebuah pusat karaoke (sampai sekarang aku tak tahu kenapa dipanggil 'pusat'). Bila kau dengar Benny (nama kawan aku) menyanyi, aku rasa macam nak pecah perut.

Maklumlah kami semua ni penyanyi yang berbakat terpendam terus, langsung tak timbul-timbul. Memang syok bila sesekali berjumpa kawan-kawan, lepas tu melepaskan perasaan menggila yang ada dalam kepala. Sedang kami dibuai suasana gelap tu.. tring! tring! Telefon bimbit Tajul (nama kawan aku juga) berbunyi...
Teruskan Membaca

Aduka Taruna, Fasha Sanda dan Memey

by Zoul on 28 January 2010

Edisi: Serius

Malaysia panas lagi.. Jika sebelum ini Fasha Sanda yang menghangitkan keadaan kali ni Memey pula yang mengambil alih tempatnya melalui "We Hate Memey Suhaiza" pada Facebook. Apa semua ni? Belum pun reda sepenuhnya hal Aduka Taruna kita di sajikan lagi dengan cerita yang panas.

Aku tidak mahu mengomel tentang apa yang berlaku pada mereka tetapi, persoalannya kenapa kita sekarang semakin berani dan lancang? Dari mana kah sumber inspirasi mereka? Baik, sekarang kita dalami..

Teruskan Membaca

20 Sebab Aku Benci Memandu

by Zoul on 27 January 2010

Kadangkala bila aku bangun pada waktu pagi aku terfikir.. kenapalah belum ada sistem macam dalam cerita Star Trek. Bila nak pergi ke mana-mana.. masuk saja bilik khas, tekan butang... zing!!! dah sampai di tempat yang dituju. Bila mengenangkan yang aku perlu memandu pada hari ini.. rasa, benci betul.

Aku dah bertahun memandu di jalan raya Malaysia ni dan sehingga kini aku belum ketemu dengan jalanraya yang menyenangkan hati aku. Boleh katakan semuanya sama saja, tidak kiralah dijalan bandaran ke, jalan kampung ke, lebuhraya ke atau jalan mati. Yang paling menyinga tu masalah yang aku jumpa adalah masalah yang berulang-ulang setiap hari.. tension betul. Kalaulah aku ada banyak duit.. aku buat jalanraya aku sendiri.

Diantara masalah yang membuat aku jadi geram ni seperti di bawah ni.

Teruskan Membaca

Basikal ku Tukar Jantina

by Zoul on 26 January 2010

"Erggghhhh..! kenapa mak kejutkan awal sangat ni..?" tanya ku pada arwah mak.
"Eh.. tak ingat ke.. kan hari ni mula sekolah.." jawab arwah mak.
"Eh.. sekolah.. best nya..!" aku bersorak riang.

Itulah aku sebagai anak yang sulung dan akan  memulakan hari persekolahan ku..
darjah satu.. aku datang. Pagi tu juga aku lihat abah sedang bersiap-siap untuk menghantar ku ke sekolah.

"Hah tunggu apa lagi.. cepat bersiap, nanti lambat sampai kat sekolah.." arahan abahku.
"Abah..
Teruskan Membaca

Lagu Halimah Jongang Hiburan Dalam Penghinaan

by Zoul on 24 January 2010

Jongang..jongang..jongang!!
Sekumpulan budak lelaki menyanyi sambil menunggang basikal. Wajah mereka memang ceria sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Maklumlah lirik lagunya memang terselit unsur humor. Aku sendiri pun kadang kala terikut-ikut 'menyumbangkan' lagu tersebut.

Aku tidak begitu mengambil kesah tentang lagu tersebut sehinggalah... baru-baru ini di sebuah kedai menjual hand phone..

Teruskan Membaca

Aku Kecewakan Pengunjung Blog Aku

by Zoul

Blogging.. ramai yang berminat untuk berblog dan ramai juga yang kecewa dengan blog. Ada yang pernah berblog kemudian kecewa tetapi kembali berblog atas sebab-sebab yang tertentu. Ada yang berblog sekadar mengisi masa lapang, mencurahkan perasaan dan menambah pendapatan dengan menggunakan blog.

Walau apa pun sebab untuk kita berblog, tidak ada gunanya kalau hanya 'syiok sendiri'.. maksud aku, takkan aku menulis hanya untuk tatapan aku sendiri. Sudah tentulah aku mahukan pembaca atau sekurang-kurangnya dikunjungi mereka yang sekadar menjadi 'silent reader'.

Aku sendiri merupakan pengunjung tetap beberapa blog (sekadar menjadi silent reader) dan aku tahu bagaimana rasanya 'diseksa' oleh tuan punya blog
Teruskan Membaca

Budak Tak Cukup Akal

by Zoul on 23 January 2010

Pada satu ketika dulu.....Aku, Adi dan Leman.. tiga orang sahabat yang sedang menunggu result SPM. Setiap hari kerja kami cuma lepak, makan, tidur kemudian lepak lagi. Tempat lepak kami betul-betul di simpang tiga penghujung jalan kampung kami. Hobi kami, bermain gitar sambil mengusik anak dara orang.

Pada satu hari waktu kami sedang melepak..
"Hei budak-budak, korang kalau nak kacau anak dara orang tu cari lah keje dulu.." kata seorang pakcik yang lalu sambil buat muka kerek.
"Aduh ni dikira mencabar ni.." kata Adi.
"Jom besok kita carik keje.." aku buat cadangan.
"Set.... pukul lapan pagi besok semua kumpul kat sini.." kami semua bersetuju.

Malam tu aku minta arwah mak aku gosokkan baju dan seluar, tapi aku tak beritahu aku nak cari kerja.. nak buat supprise konon.
Teruskan Membaca

Lelaki Lebih Setia

by Zoul on 22 January 2010

Antara hobi aku bila aku ada kelapangan ialah duduk melepak di sebuah kedai menjual DVD milik seorang lelaki berbangsa Cina. Kalau aku dah mula menyelak katalog, memang lamalah jawabnya aku di situ. Bukannya membeli pun.. sekadar suka tengok cover DVD tu saja. Towkey tu pun dah faham sangat perangai aku, dia jarang tanya sampailah aku panggil dia.

Satu hari aku singgah la ke situ dan seperti biasa towkey tu akan bertanya satu soalan lazim bila aku baru sampai...
"Kawan.. itu DVD baik punya sudah mali o.. tak mau ka?"
"Mana punya..?" Aku layan.
"Mana lu mau.. itu Melayu ada, Cina ada, Indon ada, US ada... Afrika pun ada." Jawab towkey.

Kadangkala pekerja perempuan towkey tu yang akan
Teruskan Membaca

Helmet Apollo Aku Kena Curi

by Zoul on 21 January 2010

Sebenarnya hanya sesekali aku naik motor, itupun kalau di kawasan yang berdekatan sahaja. Terus terang aku katakan, aku memang jarang pakai helmet. Maklumlah biasanya aku naik motor di kawasan taman tempat tinggal aku sahaja. Agaknya aku rasa bila naik motor dekat-dekat ni, tak jadi kemalangan kot.. hrmm

Untuk dijadikan cerita, semalam kereta aku meragam. Bila aku start pagi tu, kereta aku cuma berbunyi merengek aje. Start punya start. tak juga hidup. Tiba-tiba.. kuang!..kuang!..kuang! bunyi alarm kereta aku. Nasib baik aku tak panik, aku tekan remote alarm.. tak juga berhenti bunyi bising tu. Apa lagi, aku buka bonet depan.. aku cabut wayar bateri. Senyap.....

Aku dah tau dah apa masalah kereta aku... bateri dah kong!
"Hello Ah Kuat... nanti ko tolong antor bateri kat rumah aku:.." aku telefon pomen aku.
"Apa bateri lu mau.. kering ka.. basah ka?" Tanya Ah Kuat.
"Yang kering la.. basah aku tak main, tak best.." jawab aku.
Memang lah sebagai lelaki aku tak berapa suka yang basah-basah ni..

"Di angin yang lalu..." Ringtone lagu Uji Rashid (telefon aku berbunyi lah)

"Hello towkey...itu bateri stok talak,petang antar boleh ka?"  tanya Ah Kuat
"Bolehla.." jawab aku.

Teruskan Membaca

Gadis yang jengkel dan poyo

by Zoul on 20 January 2010



"Geng! minum la dulu..." Jerit seorang kawan aku sewaktu aku melintas di depan sebuah kedai minum.
"Jap, aku cari parking.." Balas aku.

"Susah betul nak cari parking hari sabtu ni" Aku bersungut.
"Yehaaa.. ada sebijik keta nak kuar tu.."
Serta merta aku pasang signal.. tik tik tik..

Honk! seorang pemandu di belakang aku membunyikan hon keretanya..
"Geduak betul.. tak nampak ke aku dah pasang signal ni.." aku bersungut.
"Ah pedulikan lah.." Aku buat muka selamba dan buat tak dengar.

Teruskan Membaca

Simptom Ketagihan Blog

by Zoul on 18 January 2010

"Alamak trafik aku menurun.. kena kerja kuat ni"
"Apa ni trafik tinggi, klik sikit.."
"Aduh.. biol, apa entri nak buat ni..?"

Mungkin ada diantara kita yang pernah mengucapkan perkataan di atas. Sewaktu mula berblog, pening macamana hendak mengenalkan blog pada semua orang. Bila orang dah kenal, pening apa entri nak buat. Bila dah 'akil baligh', pening macamana nak buat duit dengan blog kta. Bila dah dapat duit, pening macamana nak tambah lagi duit yang kita dapat.

Hasil dari semua yang di atas, cuba nilai semula adakah kita masih lagi normal dari sebelum kenal blog? Jika aktiviti harian kita masih lagi berjalan seperti biasa, itu tandanya anda punya 'antibodi untuk blog' masih lagi kuat. Tetapi jika ada perubahan.. fikirkan sejauh mana perubahan tersebut.
Teruskan Membaca

Gurbaksh Chahal Jutawan Termuda

by Zoul on 17 January 2010

Edisi Inspirasi

Gurbaksh Chahal, mungkin anda pernah mendengar nama ini atau mungkin tidak. Namun nama Gurbaksh Chahal merupakan antara nama yang cukup dikenali dikalangan tokoh korporat di dunia. Beliau merupakan salah seorang jutawan termuda dimuka bumi ini. Menjadi jutawan dalam usia 25 tahun dan mengasaskan dua buah syarikat pengiklanan yang bernilai lebih dari USD340 juta.

Siapa Gurbaksh Chahal? Berbangsa India Amerika, seorang usahawan, penulis dan jutawan (dengan usaha beliau sendiri). Beliau gagal sewaktu di sekolah tinggi di usia 16 tahun dan memulakan usaha sebagai online ClickAgent, ia merupakan rangkaian pengiklanan yang menumpukan kepada pengiklanan CPA.
Teruskan Membaca

Pendapatan Aku Lebih RM6000 Sebulan Dengan Blog

by Zoul

Edisi kenal siapa aku sebenarnya.

Maaf, mungkin bunyi tajuk entri ini agak keterlaluan tetapi itu realitinya. Aku terdetik untuk mendedahkan siapa aku sebenarnya setelah aku terbaca satu entri dari sebuah blog yang dengan bangganya menceritakan pendapatannya dari blog. Benar pendapatan aku lebih dari RM6000.00 sebulan dan kadangkala sehingga mencecah RM8000.00 sebulan. Mungkin ada diantara anda yang terfikir "mana mungkin blog yang baru setahun jagung ini boleh menghasilkan pendapatan sebegitu rupa". Sebenarnya kadangkala kita lupa bahawa kita boleh mempunyai lebih dari satu blog. Itu yang aku lakukan, blog ini adalah blog peribadi aku.. dan blog 'duit' aku akan aku dedahkan sebentar nanti.

Kejayaan aku dengan blog membolehkan aku berhenti dari tempat kerja lama aku tanpa aku kerugian sedikit pun. Malah aku boleh menjana pendapatan lebih dengan hanya duduk dan menghadap PC atau laptop aku.  Pada awal dulu memang aku perlu menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan PC untuk mengembangkan sayap aku dan membolehkan blog aku dikenali.
Teruskan Membaca

30 Jenis Blog dan Blogger

by Zoul on 16 January 2010


Blog orang aku Terjah!! itu kerja aku bila ada masa lapang atau masa tak berapa lapang. Kenapa aku terjah blog orang? Sebab aku 'dahaga'kan ilmu dan maklumat, sambil tu aku belajar cara-cara berblogging yang betul. Maklumlah aku bukan jenis yang suka beli atau download ebuku lepas tu baca.. tak masyuk. Dari blogger otai, blogger tegar, blogger sambilan atau blogger baru, dah pernah aku terjah. Blogger lelaki, perempuan, gadis, teruna, janda, duda dan sebagainya, pun aku terjah juga.

Dalam aku menerjah tu aku perasan, rupanya dalam begitu punya ramai blogger mereka punya banyak persamaan. Kadangkala persamaan tu negatif tetapi banyak juga yang positif. Jadi kalau anda rasa anda tu blogger, cuba lihat ada atau tidak persamaan tu dengan anda..

Teruskan Membaca

Aku kena guna-guna

by Zoul on 15 January 2010

Semuanya bermula beberapa hari yang lepas. Sedang aku asyik menerjah blog-blog otai, entah kenapa tiba-tiba aku rasa pandangan ku gelap.. Allah! mana pulak keyboard ni? skrin pun aku dah tak nampak. Apa yang dah terjadi.. Aku rasa sekeliling aku jadi gelap, aku berjalan dengan teraba-raba. Aku rasa kepala ku sakit.. ah, aku duduk kejap di sofa dengan harapan aku akan tenang dan dapat berfikir dengan waras. Mungkin disebabkan aku kepenatan.. fikir ku.

Sangkaan ku meleset sama sekali.. perasaan aku bertambah bingung cuma pandangan ku agak semakin jelas. Aku ke bilik air dan ah!! lega.. sambil meninggalkan 'jejak' ku di dalam tandas. Apa hal ni, kenapa aku rasa tak selesa? Fikiran aku kembali bercelaru, aku tak dapat menumpukan perhatian aku. Aku cuba melupakannya dengan menonton TV.. tak berkesan, hendak memandang skrin TV pun aku tak upaya...
Teruskan Membaca

Foto.. Apa yang anda nampak?

by Zoul on 11 January 2010

Malam ni aku menonton Anugerah Juara Lagu sambil menghadap PC. Buat pemenang aku ucapkan tahniah dan buat yang kurang menang.. biasalah tu.. kalau ada yang menang haruslah ada yang tak menang kan..?

Disebabkan sebelah mata aku menonton TV dan sebelah lagi memandang PC.. dua-dua kerja tak menjadi. Daripada aku buang masa, baik aku kongsikan dua foto aku jumpa di internet yang menarik perhatian aku malam tadi..




























Teruskan Membaca

Yang Aib dan Mengaibkan

by Zoul on 09 January 2010


Tahun 2009... banyak perkara yang berlaku di depan mata aku. Kalau aku nak tuliskan ianya akan mengambil masa lebih dari 365 hari. Banyak sangat.. Namun ada beberapa pengalaman yang ingin aku kongsikan di sini.. Aku sendiri tak tahu pengalaman ini dikategorikan sebagai apa, lucu ke atau memalukan..

Pertama... Sembahyang jenazah
Waktu itu ada kematian di kawasan kejiranan aku. Orang yang meninggal itu pula memang dikenali disitu jadi mereka yang datang menziarah sangat ramai sehingga memenuhi segenap ruang yang ada di kawasan tempat tinggal simati. "Pstt.. jom sembahyang jenazah.." bisik kawan aku.

Teruskan Membaca

Amaran buat Kapten Luffy atau Ah Fatt

by Zoul on 06 January 2010

Maaf.. tapi aku memang marah betul dengan blogger tegar seorang ni.. sapa lagi kalau bukan si Luffy atau Ah Fatt..  Dulu aku tak lah marah sangat dengan dia ni. Selalu jugak aku pergi terjah blog dia...Tapi sejak dia buka blog baru ni hati aku menggelegak rasanya. Apa dia ingat dia tu femes sangat ke? Aku tau lah kadar penerjahan blog dia memang boleh lah tahan cuma kurang sikit je dari chedet. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni.. mau jaraknya antara Windows 95 dengan Windows 7.. jauh tu. Tapi itu bukan ukuran untuk buat aku sakit hati.. Semua ni bermula bila aku start dapat menjejaki blog baru dia tu la.. blog lama dia dah di hantar ke Pusat Sains Negara buat bahan kajian dan Bahan Pameran. Korang tau.. 2 hari aku demam, sakit kepala dan tak boleh tidur gara-gara si Luffy tu....

Teruskan Membaca

20 Blog Inspirasi Terbaik Malaysia

by Zoul on 03 January 2010

Salam.. Macam biasa bila ada kelapangan aku menjelajah seluruh pelusuk dunia maya. Aku membaca dan mengomen mana-mana entri blog yang aku singgahi. Antara sedar dengan tidak rupanya ada beberapa blog ini memang aku tidak pernah miss.. boleh aku katakan aku akan kunjungi setiap hari. Harapan aku, mintak-mintak dia update blog dia.. aku suka dengan entri mereka. Sebenarnya ada dikalangan blog tersebut hanya aku kunjungi sebagai silent reader sahaja manakala selebihnya aku tinggalkan jejak. Maklumlah siapalah aku untuk menonjolkan diri di blog-blog yang 'otai' tu kan..

Aku nak kongsikan blog-blog ini dengan sesiapa saja.. terutamanya yang sedang mencari inspirasi dalam berblog. Maksud aku, mungkin ada diantara kalian yang mencari inspirasi untuk menulis artikel yang menarik, menambah pendapatan, menjadi 'famous', beriklan dan sebagainya. Aku tidak akan membuat 'review' untuk blog atau laman web tersebut biarkan kalian yang mengunjungi dan menilai. Oleh kerana laman tersebut memang telah terkenal di Malaysia dan sebahagian dunia.. adalah berkemungkinan anda akan mengenali mereka. Sebenarnya 20 blog terbaik tu aku yang letakkan 'ranking'nya mengikut pandangan mata aku dan ilmu yang aku dapat dari mereka.

Baik.. ini senarainya mengikut ranking CUIIT..

Teruskan Membaca

10 Most Popular Facebook Games

by Zoul on 02 January 2010

Salam..

Sejak kebelakangan ini Facebook telah menjadi buah mulut kebanyakan orang dari ahli politik hinggalah kanak-kanak (yang tahu menggunakan internet). Walaupun Facebook telah  agak lama 'berkeliaran' di web, ia hanya mula menjadi buah mulut sejak kebelakangan ini bila ahli-ahli politik dan bisnesman mula menggunakan Facebook sebagai laman sosial mereka.

Berbanding dengan Friendster, yang hanya dikenali oleh remaja dan ke atas.. Facebook pula dikenali oleh semua lapisan. Hasil pemerhatian, mendedahkan salah satu sebabnya kerana adanya permainan di Facebook. Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melihat atau bermain permainan di Facebook.. dan kalau kita perhatikan kesemua permainan yang disediakan merupakan permainan yang menyebabkan pengguna menjadi ketagih. Maklumlah kebanyakan permainan yang disediakan mempunyai 'jangka hayat'.. jadi ini menyebabkan pengguna seboleh mungkin akan mengakses Facebook setiap hari.

Baik.. aku bukannya nak komen permainan yang terdapat di Facebook (ketuklah keyboard tanya screen..) tetapi, tahukah anda apakah permainan di Facebook yang paling popular? Sila lihat list ini..
Teruskan Membaca

Tuhan Bagi pun Kita Bersungut

by Zoul

Salam...
Sekadar renungan...


Pertama
Aku sedang menunggu giliran di bank.. "lama betul nombor aku nak naik ni.." detik hati aku. Inilah masalahnya kalau berurusan di CIMB.. memang lambat macam kura-kura. Pelanggan tidaklah ramai, tetapi urusan tetap lambat berbeza dengan berurusan di AmBank atau Public Bank.. memang 'jempol' lah. Sambil menuggu tu aku melayan perasaan sambil memerhatikan orang yang ada di sekeliling. Ada berbagai gelagat dan jenis manusia tetapi yang menarik hati aku dua orang 'anak dara' yang sedang bersembang di kerusi baris belakang aku. "Ko tau tadi aku test baju yang hari tu kita beli tu.. dah tak fit dah" kata salah seorang. "Iyalah aku punya punggung sekarang ni pun dah makin over size dah.." jawab rakannya. "Aku boring betul bila tengok cermin..." Selepas itu perbualan mereka terus berkisar tentang pipi tembam, punggung besar. peha besar, bulu kaki lebat dan dagu berlapis.

Kedua..
Teruskan Membaca